Thursday, December 31, 2009

3 bulan punye cerita.

3 bulan punya cerita daa...........

31hb.Dec.2009. Aku pun tak tahu mengapa aku begitu malas nak menulis didalam blog aku. walaupun aku begitu suka untuk ada blog sendiri. Dengan adanya blog sendiri kita dapat mencoret apa saja bentuk cerita yang hendak ditulis. Lebih-lebih lagi mengenai pengalaman dan perjalanan hidup harian. Oleh kerana malas nak menulis, maka banyak cerita dan perjalanan hidup aku tak dapat dicoretkan atau diluahkan kedalam blog aku. Dikhuatiri aku akan lupa segala perjalanan hidup aku, maka pada hari ini aku gagahkan juga diri ini untuk mencurahkan dan meluahkan segala bentuk cerita.
Pertama sekali, pada 12hb.Okt.2009 aku telah membeli sebuah kereta Toyota Avanza. Nombor plat PGJ 4568. Harga RM41000 +. Tahun 2005. Pembelian ini tidak pernah dirancang. Aku sendiri pun tak tau bagaimana aku boleh tergerak untuk membeli kereta ini. Tapi kita sebagai manusia, yang dicipta oleh Allah s.w.t. Dia lah Maha Perancang. Segala-galanya telah dirancang oleh Allah s.w.t. Aku bersyukur diatas segala nikmat dan rezeki yang telah Allah kurniakan kepada aku sekeluarga. Alhamdulillah.
Pada 20hb. Nov. 2009 pula anak saudara aku yang bernama Mohd. Zulfahmi bin Datuk Mazlan telah bernikah. Pernikahan berlangsung di Masjid Senai, Johor. Disaksikan oleh kaum
keluarga.Hanya adik bongsu aku sekeluarga yang tidak dapat hadir kerana beliau ditugaskan ke Qatar.Pada malamnya diadakan kenduri kesyukuran. Diadakan di rumah ibubapa beliau. Pada keesokannya majlis bertandang kerumah pengantin perempuan.







pengantin lelaki sedang dinikahkan


Mujurlah pada hari tersebut hujan tidak turun. Maklumlah kebiasaannya pada bulan Disember musim tengkujuh akan melanda negeri Johor.



selesai majlis akad nikah

bergambar bersama keluarga kedua belah pihak selepas majlis akad nikah.


Pengantin lelaki sedang berbual dengan KDYMM Sultan Johor, di Dewan Persada, Johor Bahru, Johor, pada 5hb. Disember 2009, pukul 9.00 malam.


Kedua mempelai diraikan oleh KDYMM Sultan Johor, di Dewan Persada Johor Bahru, Johor pada 5hb. Disember 2009.


Pada 5hb. Disember 2009, pihak lelaki mengadakan majlis persandingan di Dewan Persada, Johor Bahru, Johor. Majlis diadakan pada pukul 8.30 malam. Tetamu Khas pada malam tersebut ialah Kebawah DYMM Sultan dan Sultanah Johor dan kerabat diraja.




Inilah pertama kali aku menghadiri majlis perkahwinan sebegini rupa. Didalam dewan bertaraf antarabangsa dan para jemputannya pula kerabat diraja. Dewan penuh dengan kedatangan para jemputan. Layanan amat eksklusif sekali. Tapi aku berasa hampa sedikit kerana anak-anak aku tak dapat dibawa bersama.




Majlis berakhir lebih kurang pukul 10.00 malam.




Pada keesokan harinya iaitu pada 6hb. Disember 2009, pihak lelaki sekali lagi mengadakan majlis persandingan. Kali ini majlis diadakan di Danga Bay, Johor Bahru, Johor. Majlis bermula dari pukul 11.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 ptg. Yang bestnya, pada hari ini sama tarikhnya dengan tarikh kelahiran aku. My Happy Birthday.


Persandingan di Danga Bay pada 6hb.Disember 2009.

Ibubapa pengantin lelaki bergambar bersama mempelai semasa persandingan di Danga Bay, Johor Bahru, Johor, pada 6hb.Dis. 2009.
























































Tuesday, September 29, 2009

Lahirnya sebuah Syawal

Lahirnya Syawal

29-09-2009. Dengan perasaan sedih dan hiba aku menyambut kelahiran Syawal. Sedih bukan kerana aku tidak suka diatas kelahiran Syawal. Sedih bukan kerana aku tidak suka melihat cahaya wajah Syawal. Sedih nya aku ialah kerana Ramadhan telah meninggalkan aku walaupun ianya telah melahirkan Syawal buat pengubat hati aku nan duka. Memang tidak dinafikan, setiap kali lahirnya Ramadhan, walaupun usianya begitu singkat, paling tidak pun 29 atau 30 hari, usianya, seluruh umat Islam diatas muka bumi Allah ini berkejaran dan berkorban apa saja demi untuk mengejar apa yang ada di dalam perut bumi Ramadhan itu.
Tak perlulah aku bercerita panjang mengenai kerenah, telatah dan tabiat manusia apabila menyambut kelahiran Ramadhan. Masing-masing mempunyai sejarah dan pengalaman yang tersendiri.
Kini setelah perginya Ramadhan, disambut pula kelahiran Syawal, hati ini tertanya-tanya, dapatkah aku bersua dan bertemu lagi pada Ramadhan yang akan dilahirkan pada tahun 2010.
Segala-galanya aku pasrah dan berserah kepada Allah s.w.t. semoga Allah akan mengizinkan dan menghendaki aku, isteri dan anak-anak aku, dapat menyambut kelahiran Ramadhan yang akan dilahirkan pada tahun 2010. Insya Allah.
1 Syawal, atau Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, aku sekeluarga sambut di Segamat Baru terlebih dahulu. Yakni rumah mertua aku. Bagi aku sambutan hari raya seperti biasa saje. Tak kiralah nak sambut di mana-mana dulu pun. Sedih tu timbul apabila terkenangkan emak aku yang telah kehilangan suaminya lebih dua tahun yang lalu, kerana arwah ayah aku telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2007. Aku tahu emak aku memang mengharapkan aku berhari raya bersama-sama beliau terlebih dahulu, sebabnya ialah aku anak lelaki yang tua, walaupun dia kata tak kisah apabila aku menyuarakan hasrat untuk berhari raya di Segamat terlebih dahulu.
cucu-cucu sedang bergambar bersama datok dan nenek mereka

bergambar selepas dapat duit raya......hahahahaha
aku bersama isteri dan anak-anak di pagi raya pak lang sekeluarga di pagi raya

kak cik bersama anak-anak di pagi raya

















pak teh bersama anak2 saudara






Monday, September 14, 2009

BULAN RAMADHAN

14-9-2009. Hari ini adalah hari yang ke 24 Ramadhan. Sudah dua puluh empat hari seluruh manusia beragama Islam didunia ini berpuasa. Hanya tinggal lima hari saja lagi, bulan Ramadhan akan tinggalkan kita. Meninggalkan kita buat sementara waktu, bagi yang umur panjang akan berjumpa dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan, tetapi seandainya dunia kiamat dalam masa setahun ini, maka ini bermakna Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terakhir buat seluruh manusia beragama Islam didunia ini. Segalanya mungkin. Tiada mustahil bagi Allah.
Seandainya ianya terjadi, maka rugi besarlah umat Islam didunia ini yang mengabaikan kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang hanya berpuasa lapar dan dahaga saja.
Memang tidak dinafikan, berbagai-bagai kerenah manusia yang kita lihat disekeliling kita pada bulan Ramadhan ini. Banyak yang boleh diperkatakan dan di sebutkan. Tetapi biarlah ia nya menjadi iktibar dan pengajaran buat kita yang benar-benar berpuasa dengan ikhlas seikhlas ikhlasnya kerana Allah s.w.t.
Bagi aku, pada bulan Ramadhan pada tahun ini, amat menggembirakan hati aku. Aku teramat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kesemua anak-anak aku yang berumur 6 hingga 9 tahun berpuasa. Bagi aku, aku tidak memaksa atau menyuruh mereka berpuasa. Aku lebih suka sekiranya mereka sendiri yang meluahkan hasrat hati mereka samada untuk berpuasa atau tidak. Anak aku yang sulung memang tidak keberatan untuk berpuasa. Beliau memang suka berpuasa. Malahan pada tahun lepas beliau sendiri mengajak aku puasa enam hari di bulan Syawal.
Anak aku yang kedua berumur 7 tahun pula, beliau sendiri yang hendak puasa dan Alhamdulillah, setakat ini tiada masalah. Walaupun adakalanya, bila tiba waktu petang mulutnya mengomel, nak berbukalah, lambat lagi nak berbukalah, lagi berapa jam nak berbukalah. Macam-macamlah. Yang mainkan peranan agar beliau meneruskan puasa, siapa lagi kalau bukan umi nya.
Anak aku yang ketiga pula, usianya 6 tahun, perempuan. Pada hari pertama puasa setakat hingga jam 3 ptg. je. Bukan kerana nak makan kerana dek lapar, tetapi kerana nak makan gulu-gula yang dah lama beliau simpan. Dah nak buat cam ne. Budak-budak. Maka berbukalah dia. Entah macamana, pada hari ketiga Ramadhan, beliau sendiri buka mulut, ayah esok kejutkan kita bangun sahur, kita nak puasa. Hati aku berkata, entah ia entah tidak si Nisa ni. Aku tak menjawab. Dia cakap lagi, berulang-ulang hinggalah aku menjawab ia. Bermula dari esoknya, Ramadhan keempat hinggalah ke hari ini, Ramadhan ke dua puluh empat, beliau masih lagi belum meninggalkan puasa. Walaupun adakalanya bersungut laparlah, dahagalah, nak berbukalah dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, peranan umi nya jugalah yang telah menyelamatkan keadaan. Aku berharap agar mereka akan terus berpuasa hinggalah ke akhir Ramadhan. Dan pada tahun-tahun yang akan datang, semoga Allah akan memberi kekuatan dan keinginan yang kuat dihati anak-anak aku agar mereka akan terus berpuasa dan seterusnya beribadah kepadaNya. Bersyukur aku kepada Allah tidak terhingganya.

Friday, August 28, 2009

Wakil Allah


28hb.Ogos 2009. Aku dah lama dah tak kemaskini blog aku ni. Last sekali aku menulis di blog aku ni ialah pada 29hb. Julai 2009. Tarikh hari ini ialah 28hb.Ogos 2009. Mak oiiiiiiiii. dah sebulan dah lamanya tak menulis. Kalau ahli politik atau wakil rakyat, dah lama dah aku kena sumbu oleh rakyat. Nasib baik aku bukannya ahli politik atau wakil rakyat. Aku hanya sekadar wakil Allah bagi ahli keluarga aku je. Itu pun dah pening semacam. Walau pun pening, seronok
juga jadi wakil Allah. Banyak nikmat dan rahmatnya. Apa taknya, amanah yang Allah berikan dan diletakkan dibahu kita untuk kita menjadi wakilNya bagi menguruskan rumahtangga, menguruskan anak-anak, menguruskan isteri dan isteri-isteri (bagi mereka yang bini lebih dari satu le tu), menguruskan nafkah zahir dan bathin (wajib tu), dan macam-macam lagi, dapat kita laksanakan dengan sempurnanya, walau pun tak mencecah seratus peratus(bohong le kalau ada yang kata dia cecah seratus peratus). Bukankah itu satu nikmat dan rahmat yang Allah berikan kepada kita. Kita akan rasai nikmat itu. Kalau tak caya, yang belum kawin, cepat-cepat kawin dan dapatkan anak cepat-cepat. Duduk rumah sendiri. Bukannya dah kawin masih nak duduk dibawah ketiak mak bapak lagi (yang ni nikmat dan rahmatnya tak sama dengan yang tinggal dirumah sendiri). Ini pandangan aku je.
Macamana susah sekali pun hidup kita sekeluarga, Insya Allah, janji Allah kepada kita, Dia akan tolong. Lagi ramai anak, lagi murah rezeki kita.Lagi banyak rezeki Allah akan curahkan kepada kita. Tapi haruslah diingat, walau pun Allah berjanji kepada kita, bukan bermakna kita kena goyang kaki, duduk rumah, rezeki akan melimpah ruah. Itu bebal namanya tu.Kita kenalah berusaha juga. Usaha pula ada berbagai cara usaha. Usaha yang lebih mujarab dan afdal ialah usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan berdoa kepada Nya tidak putus-putus.


Lihatlah digambar ini, keluarga ku. Bukannya ramai pun. Hanya empat orang je yang hendak diuruskan. Tapi ujian yang Allah bagi bagaikan nak mentadbir satu daerah atau negeri. Disebalik tu Allah bekalkan aku sekeping otak dan sekeping iman yang harus aku mengemudinya dengan penuh teliti, berhati-hati, kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal. Senjata yang paling utama dalam mengemudi ahli keluarga kita ialah iman dan kesabaran.

Wednesday, July 29, 2009

RENUNG-RENUNGKAN...

Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?! Ades.. Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages , kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana !! Mungkin korang boleh beralih arah ke Friendster plak.
Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!! Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga
Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?
Sedikit Info tentang AEPi: 1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya. 2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti... 3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi
pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional. 4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya. 5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel 6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life. Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia? Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. . Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik . p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini!!!!!!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Maksud Firman Allah SWT.1-(Tuhan) Yang Maha Pemurah,2-Yang telah mengajarkan Al Qur'an.3-Dia menciptakan manusia4-Mengajarnya pandai berbicara5-Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan.6-Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya.7-Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan).8-Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.9-Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.10-Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk (Nya)11-Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang12Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.13-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?14-Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,15-dan Dia menciptakan jin dari nyala api.16-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?17-Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya.18-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?19-Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,20-antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.21-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?22-Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.23-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?24-Dan kepunyaan-Nya lah bahtera-bahtera yang tinggi layarnya di lautan laksana gunung-gunung.25-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?26-Semua yang ada di bumi itu akan binasa.27-Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.28-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?29-Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.30-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan ?31-Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu hai manusia dan jin.32-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?33-Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.34-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?35-Kepada kamu, (jin dan manusia) dilepaskan nyala api dan cairan tembaga maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri (daripadanya).36-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?37-Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak.38-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?39-Pada waktu itu manusia dan jin tidak ditanya tentang dosanya.40-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?41-Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka.42-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?43-Inilah neraka Jahanam yang didustakan oleh orang-orang berdosa.44-Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yang mendidih yang memuncak panasnya.45-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?46-Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua surga.47-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?,48-kedua surga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan.49-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?50-Di dalam kedua surga itu ada dua buah mata air yang mengalir.51-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?52-Di dalam kedua surga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan.53-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?54Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutra. Dan buah-buahan kedua surga itu dapat (dipetik) dari dekat.55-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?56-Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.57-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?58-Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.59-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?60-Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula).61-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?62-Dan selain dari dua surga itu ada dua surga lagi.63-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?,64-kedua surga itu (kelihatan) hijau tua warnanya.65-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?66-Di dalam kedua surga itu ada dua mata air yang memancar.67-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?68-Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima.69-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?70-Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.71-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?72-(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.73-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?74-Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.75-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?76-Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah.77-Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?78-Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai kebesaran dan karunia.Surah Ar-Rahman (Yang Pemurah) ayat 1-78Ya Allah jadikanlah semua ataf dan pelajar uitm insan yang teristimewa disisi mu .amin.

Saturday, July 25, 2009

25hb. Jul 2009. Konspirasi kematian Michael Jackson
[KEMASKINI - BM] - Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.
Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.
Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.
“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.
Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah”khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.
Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.
Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.
Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.
Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”
. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.
Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.
Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.
Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.
“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”
Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.
Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.
(Sheikh Ha**d)The Brotherhood of IslamBuletin of Bahrain
Dialihbahasa oleh
http://beautifulnara.com
Dipetik dari Sabah Daily.
Udang Geragau

Udang geragau sedang di jemur dan di jaga oleh pekerja berbangsa cina.

Tahu kah anda apakah itu udang geragau? Udang geragau adalah sejenis udang yang kecil dan halus yang digunakan sebagai salah satu resepi untuk memasak mi goreng, kueh tiau goreng, mi bandung dan apa jua jenis makanan mengikut cita rasa masing-masing. Bagi aku, kalau masakan yang tak gunakan udang geragau pun tak pe.Makanan tetap sedap dan berselera untuk aku makan.
Tahu kah anda bagimana udang geragau diproses sebelum di bungkus dan seterusnya diedar ke kedai-kedai atau pasaraya untuk di jual?Langkah pertama, lihatlah gambar diatas. Udang geragau dijemur dan disapu dengan penyapu oleh pekerja-pekerja bangsa cina. Adakah mereka berkaki ayam? Oh tidak sama sekali. Mereka memakai sepatu yang mereka guna sebagai kegunaan harian.

Lihatlah sepatu yang dipakai oleh pekerja ini.

Udang geragau disapu dan dipijak oleh seorang pekerja. Udang inilah yang dimakan oleh kita orang melayu untuk dijadikan salah satu resepi masakan sebagai penyedap rasa. Memang sedap pun.Setelah disapu, dipijak, dibungkus dan dijual dan seterusnya dibeli oleh kita dan dijadikan resepi masakan. Sedapkan. Tanyalah selera sendiri

Lihatlah udang geragau dipijak oleh seorang pekerja berbangsa cina.

Monday, July 13, 2009

Pergi Senai, Johor

11hb.Julai 2009. Hari ini selepas kerja lebihmasa, lebih kurang pukul 6.00 ptg. aku sekeluarga bersama dengan mak mertua dan Si Farah bertolak ke Senai, Johor, rumah Kak Long Sarimah di Kampung Jaya Sepakat. Oleh kerana mereka talipon suruh datang, katanya nak buat barbeque, maka terpaksalah kami pergi. Kami sampai lebih kurang pukul 8.00 malam. Aku pun terkejut, macamana aku boleh sampai dalam masa dua jam sahaja. Biasanya kalau aku drive dari Segamat ke Senai, paling cepat pun tiga jam. Tapi kali ni dua jam. Rupanya, baru aku perasan, aku masuk tol Yong Peng keluar tol Skudai dengan bayaran RM11.10, perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam. Bawa pun taklah laju sangat. Normal drive je.
Aku fikirkan nak cepat sampai supaya aku berkesempatan untuk menunaikan solat maghrib. Memang sempat pun. Lagi pun dalam perjalanan tidak ada sebarang masaalah, tak ada jam, kenderaan pun tak banyak, maka perjalanan lancar je. Aku drive seperti biasa je. 90 hingga 110 km/j. Hujan turun sekejap-sekejap disepanjang lebuhraya Macap ke Senai.
Sampai je rumah mereka, ayam sedang bergolek diatas bara api. Sedapnya bau. Perut pun memang dah lapar sangat. Selepas solat maghrib, aku terus je capai pinggan dan ambil mi goreng yang dah siap masak dan terus mencapai ayam yang dah masak di atas bara api. Ngap. Huh....kenyang perut aku.
Aku tanya anak saudara, tujuan apa ni, mereka kata saja je masak-masak nak ajak kawan-kawan makan. Alhamdulillah, moga dimurahkan rezeki mereka. Aku bedal ayam kat 5 ketul juga le.
Esoknya, Pak Lang sekeluarga datang. Sedang berbual-bual, tiba-tiba gugur sebiji durian yang memang tinggal lagi sebiji pun diatas pokok dibelakang rumah. Nak makan tak leh, sebab orang ramai sanagt, maka dibuat kuah durian. Dah tak rasa duriannya lak , sebab air terlebih sangat. Tak pe lah, dah tak de rezeki.
Lebih kurang pukul 5.30 petang, aku sekeluarga pun balik Segamat. Kami singgah di Labis untuk makan malam. Kena RM 34.80. Sampai Segamat Baru untuk hantar mak mentua dan Si Farah lebih kurang kul 8.35 malam. Kemudian kami terus je balik rumah. Aku dah letih sangat dah. Sampai rumah lebih kurang pukul 9.10 minit malam.
Semoga dilain kali mereka jemput kami sekeluarga lagi untuk makan ayan golek. 12hb.Julai 2009

Saturday, July 11, 2009

Hari Keluarga Pembantu Perpustakaan UiTM Kampus Segamat

20hb.Jun 2009. Syabas, syabas, syabas. Syukur Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga Kelab Pembantu Perpustakaan PTDI mengadakan Hari Keluarga di Cherating. Walaupun pada peringkat permulaannya ada beberapa ahli kurang berpuashati dengan keputusan tersebut. Dengan pelbagai-bagai soalan yang di ajukan kepada pihak pengurusan kelab dan ada yang mencadangkan agar Kelab Pembantu Perpustakaan PTDI di bubarkan atas tiada alasan yang konkrit. Bukankah Kelab Pembantu Perpustakaan PTDI yang telah ditubuhkan selama lebih kurang 5 tahun yang lepas dengan kutipan dikenakan RM5 seorang bertujuan untuk melancong. Apa masalahnya, hingga ada yang sanggup mencadangkan agar ianya dibubarkan. Cetekkah pemikiran manusia ini. Bukankah ianya kutipan peribadi dikalangan Pembantu Perpustakaan PTDI sendiri. Tiada paksaan dalam hal ini. Nak tarik diri pun tak kisah. Tak ada masalah.
Yang menghairankan aku pulak, yang mencadangkan agar kelab ini dibubarkan, tak mahu tarik diri dari kelab ini. Masih ingin menjadi ahli. Apa ke halnya (ooops rancangan Mr. Os di TV 9). Pelik bin ajaibkan. Tapi tak kisahlah. Asalkan ada kejujuran didalam hati, sudah.
Aku bukanlah nak bercerita sangat mengenai masalah seperti ini. Biaq pi lah depa. Apa yang nak aku ceritakan disini ialah mengenai komitmen ahli-ahli kelab Pembantu Perpustakaan PTDI yang sama-sama telah berjaya mengadakan hari keluarga ini. Ops lupa lak. Disebabkan masalah yang tak ada masalah dan sengaja mencari masalah, maka dengan rasminya Kelab Pembantu Perpustakaan PTDI kami telah di tukarkan kepada Duit Tabung Pembantu Perpustakaan PTDI. Dikumpul bertujuan untuk mengadakan hari keluarga Pembantu Perpustakaan PTDI dimasa akan datang seandainya diizinkan oleh Allah s.w.t.. Moga Allah akan memberi perlindungan kepada Tabung Pembantu Perpustakaan PTDI dari manusia-manusia yang mempunyai ciri-ciri irihati dan busuk hati. Kutipan bulanan RM5. Bukan banyak mana pun. Itupun ada juga manusia yang busuk hati. Ish ish ish ish ish.....................na u zubillaa himin zaaliq.
OK lah tutup cerita itu. Aku nak cerita mengenai hari keluarga Pembantu Perpustakaan PTDI lak.
Kami semua berkumpul di Taman Yayasan. Lebih kurang pukul 9.30 pagi. Setelah semua ada, kami pun bertolak ke Mercu Beach Resort di Cherating.Kami sampai di Mercu Beach Resort lebih kurang pukul 1.30 tengahari. Sepanjang perjalanan, kami tidak menghadapi sebarang masalah. Kami singgah minum pagi di Muadzam.
Kami kesana dengan menaiki kenderaan sendiri. Minyak sendirian berhad. Makan tengahari sendirian berhad. Pada esok harinya barulah kami disediakan minum pagi dan makan tengahari. Bukan free tau. Kena bayar. Guna duit kelab.
Yang menyertai hari keluarga ini adalah seramai 13 ahli keluarga. Seronokkan. Setelah penat lelah bekerja, istirehat dan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan adalah menyeronokkan. Apatah lagi bersantai di tepi laut dengan keadaan yang amat nyaman sekali. Keseronokkan juga terasa apabila melihat anak-anak bercampur dengan anak-anak rakan sepejabat bermandi-manda di kolam air dan di tepi laut.
Pada pukul 5 ptg. kami mulakan BBQ. Kami terpaksa ber BBQ di tepi pantai yang jauh dari air laut. Ini adalah disebabkan pihak Pengurusan Mercu Beach Resort tidak membenarkan sebarang BBQ diadakan didalam kawasan mereka. Apa punya hal lah mereka ni. Kedekut nak mampus. Itu pun tak leh. Nyesal pergi kat Mercu. Namun begitu, dengan semangat yang membara-bara, kami teruskan juga niat kami. Kalau tak teruskan pulak nanti, makanan yang dah di bawa nak di campakkan di mana. Di laut atau didalam kolam renang.
Lihatlah betapa semangatnya mereka ini mengipas satay begitu juga udang, kerang dan ikan. Memang seronok. Orang kuat library sedang bakar kerang. Kalau dia tak de kerang tak masak
yang mat ni kipas apa lak. halau nyamuk kot mandi didalam kolam renang sudah menjadi satu kemestian.
hai takkan cekak pinggang je kot. tolong-tolonglah kawan tu ngipas. takkan nak makan je kot.
kerang sedang di bakar

Pada tahun hadapan kami merancang untuk pergi ke Mersing. Semoga perancangan ini akan menjadi kenyataan dan akan lebih seronok dari Mercu. Doa-doakanlah agar rancangan kami ini akan mendapat izin dari Allah s.w.t. Kepada yang tak ikut pada kali ini, tahun hadapan di alu-alukan untuk menyertai kami. Semoga dengan penyertaan rakan-rakan yang lain akan memeriahkan lagi hari keluarga Pembantu Perpustakaan.

Ke UiTM Shah Alam

5hb.Julai 2009. Pada hari ini 5hb.Julai 2009, aku sekeluarga dan keluarga sebelah isteri aku iaitu abah, mak, pak ngah dua beranak dan pak anjang tiga beranak termasuk faridah dua beranak pergi ke UiTM Shah Alam. Tujuan kami kesana ialah untuk bersama-sama melihat Fatin anak Dilla, anak saudara isteri aku mendaftarkan diri sebagai pelajar UiTM. Kami bertolak dari Melaka lewat sedikit kerana pada pagi tersebut hujan turun dengan lebatnya. Kami bertolak dari Melaka lebih kurang pukul 8.30 pagi. Kami sampai di UiTM Shah Alam lebih kurang pukul 11.30 pagi.
Di kawasan UiTM, jalanraya amatlah sesak sekali. Itu perkara biasa pada setiap kali pendaftaran pelajar baru, jalanraya di UiTM akan menjadi sesak, seperti sesaknya dijalanraya didalam kawasan Kuala Lumpur. Mencari tempat letak kereta juga menjadi satu masaalah. Terpaksa tawaf satu UiTM baru dapat kawasan tempat letak kereta. Oleh kerana aku adalah bekas kakitangan UiTM Shah Alam, maka tidak menjadi masalah bagi aku untuk mencari tempat letak kereta.
Pendaftaran selesai lebih kurang pukul 1.30 tengahari. Selesai sudah pendaftaran, kami semua turun ke Sesyen 2, untuk makan tengahari. Masing-masing dah mengadu perut lapar. Selesai makan, kami bertolak ke Alamanda, Petaling Jaya. Rupa-rupanya, kursus yang beliau ambil tidak ada di Shah Alam. Untuk kesana, menimbulkan satu masalah, kerana aku tak tau jalan hendak menuju kesana. Nak tak nak, terpaksalah kami redah je jalan untuk kesana. Tapi, akhirnya Alhamdulillah temui juga tempat yang hendak dituju. Tiga empat kali sesat. Namun bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan.
Beliau ditempatkan di tingkat 9. Mujurlah ada lif, kalau tidak teruk juga hendak mendaki tangga.Tempatnya kira okey lah. Kedudukannya di tepi jalan je. Asramanya tiga orang satu bilik. Kira okeylah tu.
Dengar cerita selepas dua tiga hari duduk sana, beliau sudah rasa seronok. Katanya dah ada kawan. Biasalah, dimana-mana saja kita berada, pada peringkat permulaannya, memanglah berbagai-bagai perasaan menyelubungi di dalam hati. Lebih-lebih lagi sebelum pergi. Tension je. Tapi bila dah pergi dan menetap disana, huh... keluarga pun boleh lupa. Itulah dikatakan manusia. Maklumlah, pertama kali bebas dari kongkongan mak bapak katakan. Tiga tahun pulak tu. Ahlan wal sahlan. Silap-silap hari bulan cuti semester pun tak balik rumah.
Mak bapak, ye ye je menunggu dirumah. Si anak tak kunjung tiba. Alasan, tak dapat balik kerana ada program dengan pensyarah, lawatan kesana dan kesini. Rupa-rupanya, ikut kawan balik kampung. Macam-macam da..........
Harapan tinggi mak bapak, agar si-anak belajar rajin-rajin dengan harapan agar membawa pulang segulung ijazah. Kepercayaan sepenuhnya diberi kepada si anak. Mak bapa dah tak peduli lagi hal si anak yang berada di universiti. Dah tak ambil tahu. Asalkan anak aku dah berjaya memasuki uiniversiti, sudah cukup. Anak aku pandai menjaga diri dan berbagai-bagai andaian yang di buat oleh si ibu dan si bapa.
Seandainya begitulah andaian mak bapak terhadap anak-anak mereka yang belajar di universiti,adalah satu kesalahan yang amat besar yang telah mereka lakukan. Belajar di Universiti bukannya seperti belajar di sekolah menengah.
Disekolah menengah, anak-anak berada didepan mata senantiasa. Belajar di Universiti, anak-anak tinggal bersendirian jauh dari keluarga dan ibubapa. Mereka boleh buat apa saja mereka suka tanpa perlu meminta izin dari kedua ibubapa. Mereka boleh pergi kemana saja tanpa meminta izin dari ibubapa. Mereka boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa meminta izin dari ibubapa. Bak kata pepatah, mereka adalah seperti seekor burung yang boleh terbang tinggi atau rendah dengan bebasnya.
Yang boleh membataskan kebebasan anak-anak yang berada jauh dari jagaan ibubapa hanya lah ilmu agama dan doa dari ibubapa agar Allah memberi perlindungan dan jagaan terhadap si anak yang berada jauh dari jagaan ibubapa. Hanya itulah saja senjata yang boleh menyelamatkan anak-anak yang berada jauh dari jagaan ibubapa.
Aku sebagai seorang kakitangan universiti sudah cukup dan luas pengalaman, mengenai perjalanan seorang pelajar universiti walaupun aku bukannya seorang pelajar universiti.

Wednesday, June 24, 2009

CUTI SEKOLAH

10hb.Jun 2009, 3.00 ptg. Seperti biasa, apabila cuti persekolahan bermula, balik ke rumah emak aku di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang adalah satu kewajipan. Maka pada tarikh
10hb.Jun 2009, aku sekeluarga balik ke rumah emak aku. Aku bercuti sehingga 15hb.Jun. Aku sampai rumah emak aku lebih kurang pukul 7.30 malam. Letih jangan ceritalah.
Pada esoknya, anak-anak aku dah mula buat permintaan dan cadangan. Memang tidak dibafikan, setiap kali aku sekeluarga balik Klang, inilah permintaan yang mereka minta, iaitu mandi di Wet World, Shah Alam. Memang benar telahan aku. Mereka dah mula minta untuk mandi di Wet World Shah Alam. Aku menolak permintaan mereka. Apa lagi, riuh rendahlah dibuatnya. Emak aku tersenyum je melihat telatah cucu-cucu beliau. Berbagai-bagai alasan mereka berikan. Ada yang kata boringlah duduk rumah, tak bestlah duduk rumah dan macam-macam lagi alasan. Mereka mula mengomel sesama sendiri. Mereka terus meminta, meminta dan meminta untuk dibawa ke Wet World Shah Alam. Aku faham sangat perangai mereka, selagi tidak di tunaikan hajat mereka, selagi itulah mulut mereka asyik menyebut-nyebut je perkara itu. Walaupun aku katakan bahawa kita baru saja pergi Lost World of Tambun minggu lepas, bermandi-manda disana. Mereka kata sana lain, di Shah Alam lain, tak sama. Tetap mereka mengomel dan mengomel. Naik panas telinga ini di buatnya. Untuk menutup mulut mereka dan untuk menyejukkan telinga aku yang panas ni, maka terpaksalah aku mengalah dan buat keputusan pada hari Sabtu kita pergi.
Aku sangkakan aku sudah berjaya menutup mulut mereka dengan jayanya. Rupa-rupanya aku gagal. Hari Sabtu, satu keputusan yang telah aku putuskan pun menjadi riuh rendah dibuatnya. Kerana mereka terpaksa menunggu hanya lagi dua hari je untuk pergi Wet World Shah Alam.
Mereka bersungut dan bersungut mengatakan lambatnya lagi nak tunggu hari Sabtu. Bising di buatnya. Last sekali aku cakap dengan mereka, kalau nak pergi, diam dan jangan cakap banyak.
Kalau tak nanti ayah batalkan rancangan. Mereka diam. Rupa2nya diam sekejap je. Lepas tu mulalah mengomel semula. Tak henti-henti menanya. ayah hari Sabtu lagi berapa harilah, kenapalah lambatnya hari Sabtu, ayah besok hari Sabtu ya dan macam-macam lagilah.
Apabila tiba hari Sabtu, aku beritahu mereka, kita pergi lepas sembahyang Zohor. Kenapa lambat sangat ayah, bersungut anak aku yang nombor dua. Aku kata pergi lepas Zohor, tak panas. Selepas itu, mereka asyik menanya aku je, bila waktu Zohor masuk. Pukul berapa waktu Zohor, kenapalah lambat sangat waktu Zohor. Aku wat dek je, malas nak layan cakap-cakap mereka. Hinggakan mereka suruh aku sembahyang Zohor pukul sebelas pagi, bayangkanlah.
Begitulah telatah anak-anak yang melucukan hati.

Monday, June 8, 2009

MENGIKUTI ROMBONGAN SEKOLAH ANAK

30hb. May 2009. Pada 30 - 31hb May hingga 1hb Jun aku sekeluarga telah menyertai rombongan sekolah anak aku ke negeri Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Kami bertolak dari Jementah pada jam 7.30 pagi. Tempat pertama yang kami tuju ialah Lost World of Tambun, di Perak. Kami sampai jam 3.30 petang. Dalam perjalanan kami singgah minum pagi di Highway Seremban dan kami singgah disalah satu perhentian disepanjang Highway KL - Ipoh untuk makan tengahari dan solat zohor. Itu yang buat kami lewat sampai di Tambun. Kami ada masa dua jam sahaja untuk bermandi manda dan bermain mainan yang ada disediakan oleh pihak Lost World of Tambun.
Bagi kanak - kanak sekolah yang jarang menyertai rombongan apatah lagi bermandi - manda , masa yang diperuntukkan selama dua jam memang tidak cukup untuk mereka bermandi - manda. Tapi itulah hakikatnya, kerana Lost World of Tambun hanya beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga jam 6.00 petang sahaja. Kedengaran ramai kanak - kanak yang bersungut kerana tidak puas mandi. Apa boleh buat kerana kami tiba di Tambun jam 3.30 ptg. Dengan urusan membeli tiket, masuk kedalam Lost World dan seterusnya mencari tempat untuk meletak pakaian sudah memakan masa setengah jam.
Berseronok sakanlah murid - murid sekolah anak sulong aku yang terdiri daripada murid darjah 2 hingga darjah 6, bermandi manda dan menaiki mainan yang disediakan. Dua jam yang di peruntukkan tidak dilepaskan peluang untuk dipenuhi dengan sepenuhnya.
Tempat yang begitu besar amat memenatkan aku, kerana aku terpaksa mengawal dan mengawasi segala pergerakan anak - anak aku. Maklumlah, tempat yang begitu besar dan orang yang begitu ramai, membuatkan aku terpaksa memberi perhatian dan pengawasan yang rapi terhadap anak - anak aku. Aku mengikuti rombongan ini pun adalah disebabkan hendak mengawasi anak - anak aku, kerana guru - guru yang turut serta menyertai rombongan ini, sudah pasti tidak dapat mengawal kesemua anak - anak murid mereka. Langkah terbaik bagi aku ialah menyertai rombongan ini. Lihatlah gambar dibawah
suasana didalam Lost World Of Tambun.
Jam 6 petang kami keluar dari Lost World of Tambun. Tempat yang paling aku tak suka sekali ialah tempat yang ada menjual barang - barang cenderahati. Aku terlalu fobia apabila ada kedai - kedai yang menjual barang - barang cenderahati. Harganya dahlah mahal, beli satu bukannya boleh, anak ada tiga orang. Kalau sorang beli, yang lagi dua orang mesti nak punya......beli pulak bukannya satu barang, kalau sorang beli dua atau tiga barang, yang dua orang lagi mesti nak sama, dua atau tiga barang. Kalau satu barang harganya RM3, dua atau tiga barang dah jadi berapa. Campur dengan tiga orang dah jadi berapa kesemua jumlahnya. Tak cecah kat RM30. Itu baru anggaran je.......pernah aku beli barang - barang cenderahati yang mereka inginkan hampir cecah RM50. Budak-budak, bukannya nakkan benda tu suma, mereka hanya nak beli je, ikut kengkawan, pabila dah beli, bukannya dihiraukan sangat benda yang dah dibelinya tu. Janji barang yang mereka nak, kita belikan, itu je. Kalau tak dibelikan, huh..... merengek semacam. Mulut tak henti-henti meminta je....nak tak nak terpaksalah beli juga. Aku rasa, perkara yang aku alami ini, akan turut dirasai oleh mereka-mereka yang mempunyai anak yang ramai, seperti rakan sepejabat ngan aku. Adalah dua tiga orang yang sama mencurahkan perasaan mereka kat aku. Sekadar bercerita mengenai telatah anak-anak, seronok juga, terhibur sikit hati di pejabat.
Sambung balik cerita, selepas keluar dari Lost World of Tambun, lebih kurang jam 6.30 petang, kami meneruskan perjalanan ke Hotel Seri Malaysia di Kedah. Sebelum itu kami singgah makan malam dan solat Maghrib di Highway Ipoh. Kami sampai di Hotel Seri Malaysia, Kedah, lebih kurang jam 12.00 tengah malam. Sampai je di Hotel tersebut, pertama sekali yang kami nampak ialah Gambar Pak Janggut yang amat dikenali dan terkenal di seluruh Dunia. Gambar tersebut, tak lain tak bukan ialah KFC. Selepas je memunggah barang- barang, dan kami check-in , mandi dan membersihkan badan, aku sekeluarga turun ke KFC, kerana perut lapar lagi. Walau pun jam dah menunjukkan hampir pukul 1.00 pagi, kami gagahkan juga badan kami, untuk turun makan KFC. Anak kedua aku Ar-Rahman tak nak ikut, kerana ngantuk nak tidor, aku paksa dan pujuk dia supaya ikut, kalau tak, siapa nak jaga beliau didalam hotel nanti. Ahli rombongan yang lain, dah dibuai oleh mimpi yang teramat keletihan dan kepenatan. Esok kami cerita ngan mereka, mereka ketawakan kami. Jam hampir pukul 2 pagi, kami balik ke Hotel dan terus melayang di buai keletihan dan kepenatan. Esok 31hb. May, jam 6.00 pagi kami bangun, dan jam 7.00 pagi kami turun untuk bersarapan pagi di Dewan makan Hotel. Kami check-out jam 9.00 pagi.

Destinasi kami seterusnya ialah Muzium Padi di Gunung Keriang, Alor Setar,Kedah. Ini adalah gambar di Muzium Padi, di Kedah. Ini sebenarnya adalah gambar hasil lukisan pelukis dari Korea.
Yuran masuk bagi dewasa RM4 dan kanak-kanak RM2. Untuk membawa masuk kamera dan video kamera dikenakan bayaran RM2.Didalam muzium ini hanya ada pameran alat-alat dari mula menanam padi hinggalah saat menuainya. Selepas ini kami pergi melawat rumah kelahiran mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang terletak di Jitra, Kedah.

Ini adalah rumah kelahiran
Tun Dr.Mahathir Mohamad,
bekas PM Malaysia.





Tidak ada apa yang menarik yang hendak diceritakan mengenai rumah beliau ini.Lihatlah gambar rumah beliau. Ini adalah rumah bekas PM yang kedua yang aku ziarah. Sebelum ini aku pernah ziarah rumah bekas PM Tun Abdul Razak yang terletak di Pekan, Pahang. Aku tak ingat tahun berapa. Lama dah. Dalam tahun 1997 kot.

Destinasi kami seterusnya ialah Pekan Rabu, di Alor Setar, Kedah. Disini kami berhenti makan tengahari dan solat zohor. Lebih kurang jam 2.00 ptg. kami meneruskan perjalanan kami ke Padang Besar, Perlis. Al-maklumlah, di Padang Besar ni tempat membeli belah, jadi siap sediakan jelah duit. Tapi aku taklah shopping sangat, hanya beli sepasang kasut je. Harga nya masih lagi sama seperti mana aku beli pada tahun 2007 di tempat yang sama. Hairan bin ajaib.

Disini, apa yang aku takutkan ialah mengenai keselamatan anak-anak. Maklumlah keadaan sekeliling yang begitu ramai orang, termasuk orang-orang Thai. Kalau tak diperhatikan dan mengawal anak-anak, khuatir juga kot-kot apa-apa yang berlaku kat anak-anak kita. Pengawasan rapi terpaksa dilakukan demi keselamatan anak-anak.

Lebih kurang jam 5.3optg, kami pun beredar dari Padang Besar menuju ke Pulau Pinang, tempat kedua untuk kami beristirehat dan bermalam. Kami bermalam di Hotel Seri Malaysia, Pulau Pinang. Sebelum itu, kami singgah disalah satu tempat R&R di Lebuhraya Kedah-Pulau Pinang untuk makan malam dan solat maghrib. Kami sampai di Hotel lebih kurang pukul 11.30 malam.
Sesampai je di Hotel kami terus check in, sebab dah terlalu penat dan ngantuk. Masuk je dalam bilik Hotel, kami mandi dan terus je tidor. Tak leh tunggu dah, mata dah ngantuk sangat.Esok kena bangun pagi-pagi sebab nak pergi Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Jam 7.00 pagi kami semua turun untuk sarapan pagi di Dewan makan Hotel. Selepas minum, guru rombongan membenarkan anak-anak murid mereka untuk berendam didalam air kolam renang hotel. Kami bertolak ke USM lebih kurang pukul 9.30 pagi. Sesampai je di USM, pihak USM tak dapat menerima kami untuk membuat lawatan, kerana mereka banyak kerja. Mereka suruh kami membuat lawatan sendiri je. Apa punya hal lah dia orang ni. Wal hal surat permohonan dah di hantar. Akhirnya macam ni jadi nya. Akhirnya guru rombongan mengubah haluan ke Bukit Bendera. Kami sampai di Bukit Bendera lebih kurang pukul 11.30 pagi. Guru sekolah membeli tiket menaiki keretapi. Waktu untuk kami menaiki keretapi Bukit Bendera ialah pukul 2.15 petang. Oleh kerana kami ada masa lebih kurang 2 jam lagi, maka kami mengambil keputusan untuk pergi makan tengahari dan solat zohor. Kami pergi Masjid Negeri Pulau Pinang. Disitu ada gerai makan. Maka kami makan dan terus solat zohor. Selepas solat kami pergi semula ke Bukit Bendera untuk menaiki Keretapi Bukit Bendera. Bagi aku menaiki Kereta Kabel lebih seronok dan selesa dari menaiki Keretapi Bukit Bendera. Kalau ada peluang lagi untuk menaiki keretapi Bukit Bendera ni, aku pasti menolaknya. Apa taknya, dahlah ruang keretapi tu sempit, selagi boleh muat untuk diisi penumpang, diisi sepenuh-penuhnya, seperti ikan sardin. Panas lak tu, kipas satu je, berpeluh dibuatnya. Kesimpulannya, memang tak seronoklah naik keretapi Bukit Bendera ni.Aku tak galakkanlah kepada sesiapa je untuk menaiki keretapi ni. Tapi kalau nak cuba, cubalah.
Perjalanan dari bawah sampai ke atas memakan masa setengah jam, ada transit lak tu. Pertengahan jalan kena turun dan naik keretapi lain lak. Sesampai je diatas, penumpang bebas dan boleh bersiar-siar diatas dan melihat pemandangan Negeri Pulau Pinang. Kemana saja tempat yang dituju, ada saje kedai cenderahati, menyirap darah aku dibuatnya. Apa taknya, ada je yang kena beli. Disini je habis kat RM100. Lebih kurang jam 3.30 petang kami turun kebawah.
Kami bertolak balik ke Jementah lebih kurang jam 6.00 petang. Kami sampai Jementah lebih kurang pukul 2.00 pagi, 2hb.Jun, pagi Selasa Huh........itulah pengalaman sepanjang perjalanan aku serta keluarga mengikuti rombongan sekolah anak aku. Ini adalah kali kedua aku mengikuti rombongan sekolah anak aku. Tamat.

Gambar-gambar didalam Muzium Padi Kedah.

Friday, May 29, 2009

BUAT BLOG.


SUSAH JUGA NAK BELAJAR BUAT BLOG NI. MULA-MULA DULU SEMASA KAWAN SEPEJABAT AKU BUAT BLOG AKU WAT TAK KISAH JE. BAGI AKU, ITU TAK PENTING. MEMANG TAK PENTING PUN. TAPI , SERONOK MEMANG ADA.

LAMA KELAMAAN APABILA TENGOK MEREKA BUAT BLOG MEREKA SENDIRI, DAN AKU BACA SEGALA APA YANG MEREKA CORETKAN DIDALAM BLOG MEREKA, HATI PUN TERBUKA UNTUK MEMILIKI BLOG SENDIRI. LALU AKU PUN MINTA CIK ADAH (BEKAS BOS AKU) SEKARANG DAH JADI PENSYARAH, UNTUK MENGAJAR AKU BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT BLOG SENDIRI. SEORANG MANUSIA YANG TIDAK KEDEKUT ILMU, MAKA BELIAU PUN MENGAJAR AKU UNTUK MEMBUAT BLOG SENDIRI. AJARNYA PUN TAK SEBERAPA JAM SANGAT PUN, YANG LAIN TU AKU GODEK SENDIRI JE. MAKA JADILAH APA YANG TERPAMPANG DI BLOG AKU NI.

RUPA-RUPANYA MEMANG SERONOK APABILA ADA BLOG SENDIRI. KITA BOLEH CORETKAN APA SAJA YANG NAK DI CORETKAN. CERITA KE, SYAIR KE, SAJAK KE... DAN APA-APA LAGILAH YANG KITA SUKA. AKU PULA JENIS SUKA BELAJAR BENDA YANG BARU. ITU YANG XCITED SANGAT TU.

TAPI APA YANG AKU BELAJAR NI PUN BUKANNYA UNTUK DIRI AKU SORANG JE, SEGALA ILMU YANG AKU PEROLEHI NI, AKAN AKU CURAHKAN KEPADA ANAK-ANAK AKU KELAK. AGAR MEREKA TAK BUTA IT. APA YANG AKU NAMPAK IALAH ANAK SULONG AKU,(GAMBAR) BELIAU SUDAH BEGITU MAHIR MENGGUNAKAN KOMPUTER DALAM USIA 9 TAHUN. ITU YANG AKU HENDAKKAN DARI ANAK-ANAKKU, AGAR MEREKA SEMUA TAK BUTA IT.


Thursday, May 21, 2009


GENTING OH GENTING (PART2)

LIHATLAH BETAPA CERIANYA ISTERI AKU BERGAMBAR DI BATU BERAYUN (SEBELAH KANAN). ORANG TERLALU XCITED. BEGITULAH KEADAANNYA. BANYAK LAGI GAMBAR YANG AKU AMBIL UNTUK DI JADIKAN KENANGAN. SETELAH PENAT MEMANDU HINGGALAH SAMPAI KE PUNCAK GENTING HIGHLAND, AKU SEKELUARGA PERGI KE OUTDOOR GAME. MASING-MASING TIDAK SABAR HENDAK MAIN PERMAINAN YANG ADA DISITU. LEBIH-LEBIH LAGI ANAK-ANAK AKU......OOPS AKU TERSILAP. BUKAN ANAK-ANAK AKU JE, MAK NYA PUN SAMA....APA LAGI, MEREKA SEPERTI RUSA MASUK KAMPUNGLAH, DAH TAK TAU MANA SATU YANG HENDAK MAIN DULU.WALHAL PERMAINAN ITU SEMUA BOLEH DIMAIN HINGGA JAM SEPULUH MALAM.

Masing-masing punya citarasalah. Aku terpaksalah mengawal anak-anak aku. Maklumlah tempat orang ramai. Kalau tak kawal, bahaya juga. Kadangkala terpaksalah menemani mereka menaiki mainan yang mereka ingin naik. Terpaksalah aku jadi seperti budak-budak. Isteri aku pula dengan anak saudara beliau main mainan yang mencabar(lihat gambar sebelah) Memang mainan ini sungguh mencabar. Bagi mereka yang ada penyakit lemah jantung tidak digalakkan menaiki Space Shoot ini. Bayangkan mereka akan dibawa keatas di atas ketinggian lebih kurang 100 meter. Kemudian dilepaskan dengan kelajuan yang amat sangat hingga mencecah 60 meter. Tiba-tiba ia berhenti ditengah-tengah dengan serta merta...... seperti brek kecemasan. Yang tak naik tak rasa apa...cuba tanya mereka yang telah menaiki Space Shoot ni.. apa perasaan mereka. Begitulah keadaannya. Aku dan anak-anak aku hanya menaiki mainan yang tidak mencabar. Just for relaxs and release tension. Sesekali menaiki puncak Genting Highland ni seronok juga.

Keadaanya dingin dan nyaman sekali. Tapi, ya Allah, punyalah ramai orang. Nak cari parking kereta dekat setengah jam baru dapat.Itu pun nasib. Kalau ada rezeki dapatlah. Kalau tak......pikirlah sendiri. Perkara ini telah aku alami sendiri ketika aku nak balik. Sebelum kami meninggalkan Genting Highland, kami ingin menaiki Kereta Kabel. Kami terpaksa mencari tempat parking kereta. Pusing punya pusing, dah dekat setengah jam, masih tak ada parking yang kosong. Langkah terakhir kami turun kebawah ke tempat menaiki kereta kabel. Entah apa nama tempat tu pun aku tak tau. Maka dengan itu dapatlah kami menaiki kereta kabel dari bawah ke Genting Highland, dan seterusnya dari Genting Highland turun kebawah semula. Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik. Gambar ATAS anak sulong aku Muhammad Nur Ahmad didalam kereta kabel.
Sebelum menerusk
an perjalanan pulang, kami masuk ke kedai yang menjual berbagai-bagai makanan di kompleks kereta kabel itu. Masya Allah, harganya, fulamak, kalau bawa setakat RM30 atau RM40, janganlah masuk kedalam kedai ini. Gigit jari di buatnya. Asam ada, gula-gula ada, jeruk ada, biskut ada, sumanya ada. Yang penting duitnya pun mesti ada. Bukan setakat ada je, pastikan ianya mencukupi.
Takut budget lari, kami pun segera beredar dari kompleks membeli belah tersebut. Diam tak diam terkena juga RM48. Fuh.........bila dah turun rasa leganya hati ini. Apa taknya, semasa dalam perjalanan turun dari Genting Highland, brek kereta aku bau hangit. Apa taknya asyik tekan brek aje. Hangitlah jadinya. Ini adalah pengalaman pertama aku memandu sendiri ke puncak Genting Highland. Insya Allah seandainya diizinkan Allah, lain kali aku nak ke Genting Highland lagi, aku terpakasalah servis kereta terlebih dahulu. Lihatlah gambar betapa seronoknya anak perempuan aku bersama dengan umi nya menaiki kereta kabel. Gambar atas pula anak kedua aku Ar-Rahman (baju kuning) bersama sepupunya Firdaus didalam kereta kabel.
Gambar sebelah kiri pula pemandu Formula 1. Yang didepan, isteri aku, belakang beliau anak sedara beliau Hidayah dan Fatin. Aku juga berpeluang menaiki ke
reta ini pada waktu malam. Pada waktu malam masa mainan tiada had kerana orang tak ramai. Merasalah aku pusing sebanyak lebih kurang dua puluh kali. Kalau naik waktu siang, hanya dapat pusing 4 atau lima kali je, kerana ramai orang menunggu giliran. Mana nak puas beb.......Untuk memuaskan hati dan perasaan, isteri aku dan anak-anak sedara beliau sekali lagi menaiki kereta go-kart ini diwaktu malam. Apa lagi, happy sungguhlah mereka, kerana dapat memandu lama sikit.
Pada waktu malamnya pula kami menaiki kereta antik dan keretapi jalan macam kura-kura. Lihatlah gambar sebelah kanan, biras aku bersama iste
ri beliau (kakak kepada isteri aku), menaiki kereta antik di waktu malam. Kereta antik aku berada di hadapan mereka.
Anak aku Ar-Rahman bersama sepupu beliau Firdaus(gambar sebelah kanan) sedang menaiki salah satu permainan yang disediakan di Genting Highland. Mereka berdua ni bagaikan belangkas.Tidak boleh berpisah. Kemana saja mereka pergi mesti berdua. Hendak main apa jenis permainan pun mesti berdua. Mereka berdua diumpamakan seperti kacang dan kulit atau lagu dan irama takkan berpisah. Begitulah seronoknya mereka apabila berada di Genting Highland. Dapat main berbagai-bagai jenis mainan. Hinggakan, mereka menaiki kereta langgar (mengikut ketinggian) sebanyak lima atau enam kali termasuklah anak perempuan aku. Anak sulong aku tak dibenarkan main kereta langgar tersebut kerana sudah lebih ketinggian.
Inilah masalahnya, peraturan yang dibuat oleh pihak Genting Highland ni, boleh membuatkan ibubapa pening kepala. Nasib baiklah anak sulung aku tu dah faham, kalau tak........huh tak tau lah nak buat macamana. Seperti anak aku yang nombor dua dan nombor tiga. Ada satu permainan yang ibibapa boleh naik, tetapi kanak-kanak tak boleh naik, mereka berdua tak dibenarkan naik, apalagi angin satu badan lah mereka. Merajuk. Menangis. Kan menjadi satu masalah. Apalah pihak Genting buat peraturan seumpama ini. Nasib baik ibubapa pun tak di ukur keting
gian sebelum hendak menaiki satu-satu permainan. Kalau tak, naya di buatnya.
Jadi, nasihat aku kepada mereka yang nak ke Genting Highland dan mempunyai anak yang tak sama ketinggian dan yang cepat merajuk tu, fikirlah berkali-kali sebelum ke Genting, atau buatlah ketinggian anak tu samarata je, untuk mengelakkan ada yang naik angin satu badan nanti. Silap-silap mak bapak pun naik angin satu badan.

Disebelah atas pula satu lagi jenis permainan yang amat mereka gemari.Di waktu siang mereka hanya dapat main 4 atau 5 minit saja. Apabila di waktu malam, mereka ulangi lagi permainan ini, mereka dapat main hampir 45 minit.
Kerana pada waktu malam orang sudah tidak ramai. Mereka semua lebih suka main mainan di Indoor Game. Kerana di Outdoor Game pada waktu malam, masya Allah, sejuknya boleh mencecah -5C (aku agak je). Sebab sejuknya huh.......tak leh nak cakap. Nasib baiklah yang control mainan ni sporting. Boleh diulangi, diulangi dan diulangi lagi. Sementara menunggu jam sepuluh malam, mereka habis kerja, mereka layanlah anak-anak aku.
Kami berhenti main di outdoor game lebih kurang jam sepuluh malam. Jam sepuluh malam kami beredar dan kami turun ke Goh Tong Jaya untuk mengalas perut yang dah lapar. Lebih kurang jam 12 malam, kami balik ke Hotel, dan setibanya di Hotel.............apa lagi, bantal yang di cari.Esok nak balik.................

Thursday, May 14, 2009


GENTING OH GENTING (PART 1)
Pada tahun 1985 adalah tahun terakhir aku mendaki puncak Genting Highland. Pada tahun tersebut ITM Segamat baru beroperasi selama setahun. ITM Shah Alam telah menganjur Hari Keluarga yang di adakan di Genting Highland. Seluruh warga ITM seluruh Malaysia berkumpul di Genting Highland. Berbagai acara diadakan pada hari tersebut.
Kini setelah 24 tahun berlalu aku dan keluarga dengan memandu sendiri (pertama kali memandu ke Genting Highland) menuju ke puncak Genting Highland.

Gembira pun ada, seram pun ada, khuatir pun ada. Macam-macam bermain di kepala ini. Apa taknya tak pernah memandu sendiri ke puncak Genting Highland. Takut kereta rosaklah. Takut brek rosaklah dan macam-macam lagi.
Alhamdulillah, dengan izin Allah aku sekeluarga selamat sampai dan selamat balik.
Yang paling excited sekali ialah isteri dan anak-anak aku. Mereka bukannya tau apa yang bermain di dalam kepala aku ni. Tengoklah gambar isteri aku tu. Senyum sukaria aje (gambar atas) Gambar tersebut di ambil setelah kami masuk ke outdoor game.
Dalam perjalanan kami singgah sebentar di Batu Berayun (lihat gambar bawah). Kami bergambar buat kenangan.

Ini adalah Batu Berayun


Singgah
sebentar sebelum
meneruskan
perjalanan ke
puncak GH



Setelah bergambar di Batu Berayun kami teruskan perjalanan. Kami singgah pula di Goh Tong Jaya. Kami memasuki kedai Cokelat. Bermacam-macam cokelat ada jual. Tapi maaflah, harganya ya Allah, kalau datang bawa setakat RM50 tak yah singgah lah di kedai cokelat ni. Buat telan air liur je. Sebungkus cokelat yang tak sampai sekilo harganya RM48.00
Nak tak nak terpaksalah beli. Anak nak makan. Tapi sayang, apabila sampai Segamat habis cokelat tu jadi cair. Apa taknya, cokelat tersebut berada didalam kereta selama 4 hari.
Kemudian kami teruskan perjalanan ke puncak. Saat saat yang dinanti-nantikan oleh isteri aku anak beranak.
Dalam perjalanan, riuh rendah kereta dibuatnya. Selain aku dan isteri aku yang berada didalam kereta, dua orang anak saudara kepada isteri aku turut berada didalam kereta (anak2 aku menaiki kereta abang ipar isteri aku). Maknanya anak - anak kami bertukar kereta.
Anak-anak saudara isteri aku sudah beberapa kali menaiki Genting Highland. Merekalah yang menjadi pemandu pelancong buat isteri aku di sepanjang perjalanan (almaklumlah, isteri aku ni tak pernah pergi Genting Highland, tu yang xcited sangat tu)
Yang sebenarnya aku ke Genting bersama dengan biras aku yang menetap di Raub. Kami pergi dua buah kereta. Kami bertolak dari Raub jam 8.30 pagi. Dalam perjalanan kami singgah minum pagi. Kami sampai ke puncak Genting Highland lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Kami menetap di Hotel Pahang, jenis Apartment. Ada dua bilik. Selesa juga biliknya. Besar. Sejuk jangan ceritalah. Lebih sejuk dari bilik yang ada air-cond.
Lebih kurang pukul 1.30 tgh. kami pergi ke pusat permainan outdoor. Apalagi, riang ria lah perasaan anak-anak aku. Maklumlah, banyak permainan yang boleh dimain. Tapi kesian tengok anak aku yang sulong. Adik-adiknya boleh main macam-macam mainan, tapi beliau tak boleh. Nak tau apa sebabnya. Pihak genting telah menetapkan bahawa kanak-kanak yang hendak main mainan yang disediakan, mereka terlebih dahulu kena ukur ketinggian. Ketinggian beliau tidak melayakkan beliau untuk bermain beberapa mainan yang dipilih untuk mengukur ketinggian, seperti kereta langgar (memang kegemaran beliau). Apa boleh buat. Tengok jelah. Inilah kereta langgar (lihat gambar) yang anak sulong aku tak dapat naik. Ini adalah adik beliau, Nisa.
Yang ini seorang lagi adik beliau Ar-Rahman. Nak wat camne. Outdoor game ini kita boleh main dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
Kerana pada hari ini ialah cuti hari buruh (1hb May 2009) Apalagi, kami pun raya sakanlah mengambil peluang tersebut. Kalau hari biasa hingga jam tujuh malam saja. Jam sepuluh malam barulah kami pergi makan malam. Jam 12 tgh. malam kami balik ke Hotel. Puuuuhhh. Penat jangan ceritalah. (sambung cerita dilain harilah ye Part 2) macam-macam ada.......tungguuuuuuu



Says.My