Wednesday, April 22, 2009

KURSUS DI GEBENG (PAHANG)
Teringat aku pada satu kisah yang lampau yang mana hingga kini ianya masih lagi belum meragut ingatan ku untuk melupakan kisah tersebut. Kisah tersebut berlaku tatkala aku dan kakitangan ITM Kampus Segamat (pada masa itu) telah terpilih untuk mengikuti kursus disalah satu tempat di negeri Pahang yang diberi nama Gebeng. Disini kami diberi latihan ala tentera kerana yang melatih kami pun, adalah bekas tentera. Disiplinnya amboi tersangatlah ketat, lebih ketat dari seluar yengki yang ketat. Jeritan jurulatih ini, kalau dia menjerit dan beri arahan, naik runtuh bukit yang ada kat situ.
Pada satu petang kami diajar berkawad. Al maklumlah orang awam diajar berkawad seperti tentera. Diberi arahan belok kiri, ada yang belok kanan dan ada yang pusing belakang. Apalagi berderailah ketawa kami semua. Mujurlah jurulatih pada hari tersebut moodnya bagus. Lepas tu pulak satu adegan yang tak dapat aku lupakan. Memang menggelikan hati. Arahan diterima agar kami semua menyedut nafas dalam-dalam hingga kempis perut kami dibuatnya.
Entah macamana , entah siapa kah punya gerangan, entah makhluk mana punya serangan, tiba-tiba kami satu pelatun tersedut satu punya bau yang amatlah sangat busuknya. Lebih busuk dari telor busuk. Dalam kami semua menyedut nafas dalam-dalam, tiba-tiba ada diantara kami telah melepaskan bom secara senyap (kentot) Apalagi kami semua berkeliaran melarikan diri. Amatlah busuknya.
Masing-masing tidak mahu mengaku. Mulalah tuduh menuduh diantara satu sama lain hingga dibawa ke waktu malam. Hinggalah ke hari ini aku tak tau siapakah gerangan yang melepaskan bom atom itu.
Peristiwa tersebut telah berlalu belasan tahu yang lepas. Banyak lagi kisah-kisah menarik yang masih lagi dalam ingatan aku sewaktu menghadiri kursus. Insya Allah akan aku paparkan di blog aku ini dimasa akan datang.
Hanya untuk berkongsi pengalaman.
NEGARA KU MALAYSIA
DIHUNI OLEH PELBAGAI KAUM DAN BANGSA
PERTUTURAN DIGUNA BERBAGAI BAHASA
LAMBANG KEAMANAN DAN KEBEBASAN BERSUARA

TIDAK KIRA DIMANA KITA BERADA
USAH TAKUT DAN BERASA CURIGA
KESELAMATAN PASTI DIDEPAN MATA
NEGARA KITA AMAN SENTOSA

NEGARA KITA AMAN MAKMUR
RAKYAT HIDUP PENUH SYUKUR
BUANG SEGALA FAHAMAN KOTOR
MALAYSIA NEGARAKU KEKAL MAKMUR
NEGARAKU MALAYSIA
NEGERI INILAH TEMPAT AKU DILAHIRKAN. SATU NEGERI YANG BANYAK TEMPAT BERSEJARAH YANG BOLEH DILAWATI . SEBUAH NEGERI YANG PESAT BERKEMBANG .BAWALAH KAUM KELUARGA ANDA MELAWAT NEGERI INI YANG DIBERI NAMA BANDARAYA BERSEJARAH.ANDA BOLEH MENAIKI BECA YANG DIHIAS DENGAN CANTIKNYA.NAIK ONE EYE MALAYSIA UNTUK MELIHAT NEGERI INI DIWAKTU MALAM.MENAIKI MENARA TAMING SARI DAN LAIN-LAIN TEMPAT.SUNGGUH MENARIK. JANGAN LUPA......




NEGERI AKU DIBESARKAN


NEGERI TEMPATKU
BERTUGAS



Inilah bahananya orang
yang merokok

Monday, April 20, 2009


BERGAMBAR
DIRUMAH EMAK
SEMASA HARIRAYA
PADA
1HB.OKT.2008

Kaabah yang telah
ku lawati pada
24hb.Feb.2001.
Sungguh menakjubkan.

Friday, April 17, 2009

TELAH KU LALUI PELBAGAI PENGALAMAN
MENITI ARUS KEHIDUPAN YANG TIADA KESUDAHAN
WALAU KINI KU PASRAH APA JUA KEADAAN
YANG PASTI NAMA ILLAHI TIADA KU LUPAKAN

SEGALA DUGAAN DAN UJIAN KU TERIMA
DIJADIKAN BEKALAN PENGABDIAN DUNIA
ESOK LUSA ENTAH APA YANG MENIMPA
TEMBOK KEIMANAN KU JADIKAN BENTENG PERKASA

DUNIA DAN AKHIRAT TIADA TANDINGNYA
DOSA DAN PAHALA DILUPAKANNYA
SYURGA DAN NERAKA MELAMBAI-LAMBAI MESRA
NAMUN MANUSIA MASIH TETAP LALAI DAN LEKA

ANAK KECIL MENANGIS MERENGEK SEPANJANG MASA
IBU DAN BAPA BERSUSAH PAYAH MENGURUS DAN MENJAGA
PABILA ANAK MEMBESAR DAN MENJADI DEWASA
KEMANAKAH ARAH DAN TUJUAN HENDAK DI BAWA

NUKILAN RASA
ZALI PTDI
UITM SEGAMAT
6.30 PTG. 17 APR.2009

Says.My