Saturday, October 9, 2010

MACAM-MACAM CERITA ADA,,,,,,,,,,

MACAM-MACAM CERITA ADA...............
9hb. Okt. 2010. Dah lama tak tulis. Tak taulah kenapa malas nak tulis. Cam ne nak jadi penulis buku. Tak pelah. Itu cita-cita dulu. Apa yang nak aku tulis disini ialah mengenai hal ehwal semasa. Aku nak sentuh sedikit mengenai solat Jumaat di masjid. Puas aku memikirkan bagaimana nak selesaikan masalah suasana di masjid pada setiap hari Jumaat.
Perhatikanlah pada setiap hari Jumaat. Bapa-bapa membawa anak-anak mereka ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Satu perkara yang amat murni lagi suci. Dan masjid-masjid di huni oleh kanak-kanak di bawah umur paling tidak pun 20 hingga 30 peratus. Biasalah, apabila kanak-kanak di kumpulkan dalam mana-mana majlis atau tempat, suasana riuh-rendah dan hiruk pikuk pasti berlaku. Itu adalah lumrah alam yang tak perlu di pertikaikan lagi.
Begitu jugalah yang berlaku di masjid-masjid pada setiap hari Jumaat. Bukan semua masjid berlaku seperti itu. Tapi ianya berlaku ditempat aku. Dengan riuh rendah dan hiruk pikuk kedengaran suara kanak-kanak, suara katib membaca khutbah ditenggelami oleh suara-suara tersebut. Kemudiannya pula, mengenai saf-saf ketika menunaikan solat Jumaat. Aku berasa sedih dan kecewa apabila melihat keadaan saf-saf ketika menunaikan solat Jumaat. Ada saf yang penuh barisannya, dan ada pula saf yang ditengah-tengahnya berdiri kanak-kanak yang belum bersuci, berkatan atau bersunat, dan ada pula saf-saf yang lompang sana lompang sini, maknanya kedudukan saf yang tidak penuh. Contohnya, saf F tidak penuh, saf di belakang F penuh. Secara kesimpulannya, barisan saf-saf ketika menunaikan solat amatlah bercelaru sama sekali.
Tak perlulah aku bercerita panjang mengenai perkara ini. Mana perginya para-para bijak pandai, para-para berilmu, yang melaung sana, melaung sini, bermotivasi sana, bermotivasi sini, tak nampak kah apa yang berlaku di dalam masjid-masjid ketika menunaikan solat. Ianya nampak kecil, tetapi yang kecil itu adalah kudis yang boleh dan akan merosakkan pahala-pahala yang ada pada kita. Renung-renungkanlah..............
Alhamdulillah, hari ini 1hb. Zulkaedah 1431, bermakna semalam adalah hari terakhir menyambut hari raya Aidilfitri. Dan malam tadi Tadika Califf Comel Bistari, dimana tempat isteri aku mengajar, mengadakan Sambutan Majlis Hari Raya untuk pelajar-pelajar tadika. Majlis bermula pukul 9 malam dam berakhir pada pukul 10.30 malam.
Pembantu Perpustakan PTDI UiTM Segamat juga ada membuat majlis hariraya, di rumah Syukur di Kampung Jawa. Kutipan duit telah dibuat untuk mereka yang ingin menghadiri majlis tersebut. Aku bagi pihak Pembantu Perpustakaan ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada Syukur dan isteri kerana sudi menjadikan rumah beliau untuk kami membuat majlis sambutan hariraya. Majlis bermula selepas waktu Isyak.
Tidak ketinggalan juga, Majlis Sambutan Hari Raya, turut diadakan oleh penduduk di taman aku. iaitu penduduk Taman Dedap. Majlis tersebut telah diadakan pada 2hb Okt. 2010, bermula jam 9 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Lazimnya, kami membuat marhaban dari rumah kerumah, tetapi pada tahun ini, AJK Taman telah menetapkan untuk membuat Majlis Sambutan Hari Raya pada hari tersebut. Kutipan duit dan sumbangan dari penduduk taman telah di buat untuk melancarkan majlis tersebut.
UiTM Kampus Segamat juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ianya diadakan pada 1hb Okt. 2010 bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Suasana seperti ini sudah tentulah meriah. Maklumlah ianya diadakan setahun sekali. Banyak juga rumah terbuka yang telah aku kunjungi, tetapi aku tidak dapat hendak buka rumah aku kerana masalah poket yang telah ditutup. Al maklumlah..................
Pada 21hb Sept. 2010, aku telah mendapat seorang cucu saudara, yang mana anak saudara aku, yakni anak kepada kakak sulung aku telah memperolehi cahayamata pertama beliau. Dan secara tak langsung, aku telah mendapat pangkat Tok Lang. Kekok pulak rasanya apabila di panggil Tok Lang nanti. Macamana pun, tahniah buat anak saudara aku kerana memperolehi anak pertama beliau. Pada 23hb. Sept. pula, waktu malamnya, satu majlis cukur jambul telah diadakan. Tahniah sekali lagi daripada Pak Lang............Tok Lang.

Says.My