Monday, June 28, 2010



HARI KELUARGA KELAB PEMBANTU PERPUSTAKAAN UITM SEGAMAT

28HB. JUN 2010. Kelab Pembantu Perpustakaan sekali lagi telah mengadakan Hari Keluarga. Kali ini kami mengadakan hari tersebut di Sunrise Resort, Port Dickson. Seramai 14 keluarga telah menyertai hari keluarga tersebut. Kami bertolak dari Petronas Batu Anam pada pukul 11.oo pagi. Kami melalui jalan Gemas, Tampin dan masuk ke simpang Rantau ke Port Dickson.
Kami tiba di Resort tersebut pada pukul 2.50 ptg. Dalam perjalanan, kami singgah makan tengahari di kawasan daerah Rembau.
Sesampai sahaja di resort, kami semua check-in. Sebelum kami memulakan barbeque, kami bersantai terlebih dahulu di air kolam resort. Biasalah, routine harian bagi kami semua ketika mengadakan hari keluarga. Bermandi-manda di kolam renang adalah satu kemestian. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak. Wajib bagi mereka untuk berendam didalam kolam air renang.
Setelah bermandi manda lebih kurang dua jam, kami pun memulakan barbeque. Makanan yang di bawa untuk barbeque adalah seperti satay, ayam, kerang, ikan dan otak-otak. Duit Kelab digunakan untuk membeli makanan untuk barbeque disamping sumbangan dari ahli-ahli untuk membawa makanan yang lain. Seperti biasa, ahli memanggang memulakan kerja dengan membakar satay, ayam , kerang dan otak-otak. Memanggang makanan-makanan selesai lebih kurang pukul 9.30 malam. Barbeque kami bermula pada pukul 5.30 petang.
Bagi aku, kali ini kemeriahan kurang terasa. Tidak seperti pada tahun lepas semasa kami mengadakan hari keluarga di Cherating, kemeriahan amat terasa sekali. Semua makanan selepas di panggang, dikumpulkan dan dihidang dihadapan chalet tempat kami menginap. Dan kami semua menikmati juadah yang dihidang beramai-ramai. Tapi kali ini kami tidak dapat berbuat demikian kerana kami menyewa apartment dan bilik masing-masing jauh diantara satu sama lain. Aku harap dimasa hadapan perkara seumpama ini tidak berulang lagi.

Says.My