Friday, August 28, 2009

Wakil Allah


28hb.Ogos 2009. Aku dah lama dah tak kemaskini blog aku ni. Last sekali aku menulis di blog aku ni ialah pada 29hb. Julai 2009. Tarikh hari ini ialah 28hb.Ogos 2009. Mak oiiiiiiiii. dah sebulan dah lamanya tak menulis. Kalau ahli politik atau wakil rakyat, dah lama dah aku kena sumbu oleh rakyat. Nasib baik aku bukannya ahli politik atau wakil rakyat. Aku hanya sekadar wakil Allah bagi ahli keluarga aku je. Itu pun dah pening semacam. Walau pun pening, seronok
juga jadi wakil Allah. Banyak nikmat dan rahmatnya. Apa taknya, amanah yang Allah berikan dan diletakkan dibahu kita untuk kita menjadi wakilNya bagi menguruskan rumahtangga, menguruskan anak-anak, menguruskan isteri dan isteri-isteri (bagi mereka yang bini lebih dari satu le tu), menguruskan nafkah zahir dan bathin (wajib tu), dan macam-macam lagi, dapat kita laksanakan dengan sempurnanya, walau pun tak mencecah seratus peratus(bohong le kalau ada yang kata dia cecah seratus peratus). Bukankah itu satu nikmat dan rahmat yang Allah berikan kepada kita. Kita akan rasai nikmat itu. Kalau tak caya, yang belum kawin, cepat-cepat kawin dan dapatkan anak cepat-cepat. Duduk rumah sendiri. Bukannya dah kawin masih nak duduk dibawah ketiak mak bapak lagi (yang ni nikmat dan rahmatnya tak sama dengan yang tinggal dirumah sendiri). Ini pandangan aku je.
Macamana susah sekali pun hidup kita sekeluarga, Insya Allah, janji Allah kepada kita, Dia akan tolong. Lagi ramai anak, lagi murah rezeki kita.Lagi banyak rezeki Allah akan curahkan kepada kita. Tapi haruslah diingat, walau pun Allah berjanji kepada kita, bukan bermakna kita kena goyang kaki, duduk rumah, rezeki akan melimpah ruah. Itu bebal namanya tu.Kita kenalah berusaha juga. Usaha pula ada berbagai cara usaha. Usaha yang lebih mujarab dan afdal ialah usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan berdoa kepada Nya tidak putus-putus.


Lihatlah digambar ini, keluarga ku. Bukannya ramai pun. Hanya empat orang je yang hendak diuruskan. Tapi ujian yang Allah bagi bagaikan nak mentadbir satu daerah atau negeri. Disebalik tu Allah bekalkan aku sekeping otak dan sekeping iman yang harus aku mengemudinya dengan penuh teliti, berhati-hati, kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal. Senjata yang paling utama dalam mengemudi ahli keluarga kita ialah iman dan kesabaran.

Says.My