Wednesday, July 11, 2012

Lama tak tulis blog

Hari berlalu begitu pantas. Cuaca pula tidak begitu menentu. Kadangkala tanpa disangka , hari begitu panas terik dek pancaran sinaran cahaya matahari, tiba-tiba tanpa disangka hujan turun dengan begitu lebat sekali. Dahulu, buah durian amat begitu susah untuk diperolehi, tetapi sekarang ini, boleh dikatakan, buah durian boleh kita nikmati 2 atau 3 kali dalam setahun. Kini musim durian datang lagi. Sudah 2 tahun aku tak menulis di blog ini, lagi pun sekarang ini facebook lebih terkenal daripada blog, banyak cerita yang hendak dikongsi disini, tapi aku malas nak menaip, cukuplah setakat ini buat masa ini. Insya Allah, kalau ada masa aku akan sambung lagi pada lain hari.

Saturday, October 9, 2010

MACAM-MACAM CERITA ADA,,,,,,,,,,

MACAM-MACAM CERITA ADA...............
9hb. Okt. 2010. Dah lama tak tulis. Tak taulah kenapa malas nak tulis. Cam ne nak jadi penulis buku. Tak pelah. Itu cita-cita dulu. Apa yang nak aku tulis disini ialah mengenai hal ehwal semasa. Aku nak sentuh sedikit mengenai solat Jumaat di masjid. Puas aku memikirkan bagaimana nak selesaikan masalah suasana di masjid pada setiap hari Jumaat.
Perhatikanlah pada setiap hari Jumaat. Bapa-bapa membawa anak-anak mereka ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Satu perkara yang amat murni lagi suci. Dan masjid-masjid di huni oleh kanak-kanak di bawah umur paling tidak pun 20 hingga 30 peratus. Biasalah, apabila kanak-kanak di kumpulkan dalam mana-mana majlis atau tempat, suasana riuh-rendah dan hiruk pikuk pasti berlaku. Itu adalah lumrah alam yang tak perlu di pertikaikan lagi.
Begitu jugalah yang berlaku di masjid-masjid pada setiap hari Jumaat. Bukan semua masjid berlaku seperti itu. Tapi ianya berlaku ditempat aku. Dengan riuh rendah dan hiruk pikuk kedengaran suara kanak-kanak, suara katib membaca khutbah ditenggelami oleh suara-suara tersebut. Kemudiannya pula, mengenai saf-saf ketika menunaikan solat Jumaat. Aku berasa sedih dan kecewa apabila melihat keadaan saf-saf ketika menunaikan solat Jumaat. Ada saf yang penuh barisannya, dan ada pula saf yang ditengah-tengahnya berdiri kanak-kanak yang belum bersuci, berkatan atau bersunat, dan ada pula saf-saf yang lompang sana lompang sini, maknanya kedudukan saf yang tidak penuh. Contohnya, saf F tidak penuh, saf di belakang F penuh. Secara kesimpulannya, barisan saf-saf ketika menunaikan solat amatlah bercelaru sama sekali.
Tak perlulah aku bercerita panjang mengenai perkara ini. Mana perginya para-para bijak pandai, para-para berilmu, yang melaung sana, melaung sini, bermotivasi sana, bermotivasi sini, tak nampak kah apa yang berlaku di dalam masjid-masjid ketika menunaikan solat. Ianya nampak kecil, tetapi yang kecil itu adalah kudis yang boleh dan akan merosakkan pahala-pahala yang ada pada kita. Renung-renungkanlah..............
Alhamdulillah, hari ini 1hb. Zulkaedah 1431, bermakna semalam adalah hari terakhir menyambut hari raya Aidilfitri. Dan malam tadi Tadika Califf Comel Bistari, dimana tempat isteri aku mengajar, mengadakan Sambutan Majlis Hari Raya untuk pelajar-pelajar tadika. Majlis bermula pukul 9 malam dam berakhir pada pukul 10.30 malam.
Pembantu Perpustakan PTDI UiTM Segamat juga ada membuat majlis hariraya, di rumah Syukur di Kampung Jawa. Kutipan duit telah dibuat untuk mereka yang ingin menghadiri majlis tersebut. Aku bagi pihak Pembantu Perpustakaan ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada Syukur dan isteri kerana sudi menjadikan rumah beliau untuk kami membuat majlis sambutan hariraya. Majlis bermula selepas waktu Isyak.
Tidak ketinggalan juga, Majlis Sambutan Hari Raya, turut diadakan oleh penduduk di taman aku. iaitu penduduk Taman Dedap. Majlis tersebut telah diadakan pada 2hb Okt. 2010, bermula jam 9 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Lazimnya, kami membuat marhaban dari rumah kerumah, tetapi pada tahun ini, AJK Taman telah menetapkan untuk membuat Majlis Sambutan Hari Raya pada hari tersebut. Kutipan duit dan sumbangan dari penduduk taman telah di buat untuk melancarkan majlis tersebut.
UiTM Kampus Segamat juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ianya diadakan pada 1hb Okt. 2010 bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Suasana seperti ini sudah tentulah meriah. Maklumlah ianya diadakan setahun sekali. Banyak juga rumah terbuka yang telah aku kunjungi, tetapi aku tidak dapat hendak buka rumah aku kerana masalah poket yang telah ditutup. Al maklumlah..................
Pada 21hb Sept. 2010, aku telah mendapat seorang cucu saudara, yang mana anak saudara aku, yakni anak kepada kakak sulung aku telah memperolehi cahayamata pertama beliau. Dan secara tak langsung, aku telah mendapat pangkat Tok Lang. Kekok pulak rasanya apabila di panggil Tok Lang nanti. Macamana pun, tahniah buat anak saudara aku kerana memperolehi anak pertama beliau. Pada 23hb. Sept. pula, waktu malamnya, satu majlis cukur jambul telah diadakan. Tahniah sekali lagi daripada Pak Lang............Tok Lang.

Tuesday, July 27, 2010

NISFU SYAABAN

27hb. Julai 2010. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi aku sekali lagi peluang untuk menyambut Nisfu Syaaban. Peluang seperti ini bukannya datang sebulan sekali, tetapi setahun sekali. Insya Allah, aku harap agar aku dapat berpeluang sekali lagi untuk menyambut Nisfu Syaaban pada tahun hadapan.
Seperti biasa, pada malam Nisfu Syaaban, setiap surau dan masjid, mengadakan bacaan Yasin sebanyak 3 kali dan memohon doa kepada Allah agar dikuatkan iman, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yang halal.
Begitu juga disurau tempat aku, iaitu Surau Kampung Kubu Dedap, Jementah, Segamat. Alhamdulillah, sambutan hangat yang diberikan oleh penduduk amat menggalakkan. Ada yang tidak dapat datang dengan mewakilkan anak masing-masing. Surau penuh dengan jemaaah. Tidak seperti hari-hari yang lain.
Biasalah, sudah seperti menjadi satu adat dan budaya, masjid atau surau akan penuh apabila ada sesuatu perayaan atau sambutan diadakan. Daripada anak-anak kecil hinggalah keperingkat orang tua-tua, berduyun-duyun datang ke surau atau masjid-masjid. Tetapi apabila hari biasa, surau-surau dan masjid-masjid akan menjadi lengang, seperti tidak ada manusia yang sudi datang menziarahinya. Na u zu billa hi min za lik. Insya Allah, surau dan masjid-masjid akan di kunjungi semula oleh para jemaah apabila tibanya bulan Ramadhan tidak berapa lama lagi. Selamat berjumpa di bulan Ramadhan. Insya Allah.

Monday, June 28, 2010



HARI KELUARGA KELAB PEMBANTU PERPUSTAKAAN UITM SEGAMAT

28HB. JUN 2010. Kelab Pembantu Perpustakaan sekali lagi telah mengadakan Hari Keluarga. Kali ini kami mengadakan hari tersebut di Sunrise Resort, Port Dickson. Seramai 14 keluarga telah menyertai hari keluarga tersebut. Kami bertolak dari Petronas Batu Anam pada pukul 11.oo pagi. Kami melalui jalan Gemas, Tampin dan masuk ke simpang Rantau ke Port Dickson.
Kami tiba di Resort tersebut pada pukul 2.50 ptg. Dalam perjalanan, kami singgah makan tengahari di kawasan daerah Rembau.
Sesampai sahaja di resort, kami semua check-in. Sebelum kami memulakan barbeque, kami bersantai terlebih dahulu di air kolam resort. Biasalah, routine harian bagi kami semua ketika mengadakan hari keluarga. Bermandi-manda di kolam renang adalah satu kemestian. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak. Wajib bagi mereka untuk berendam didalam kolam air renang.
Setelah bermandi manda lebih kurang dua jam, kami pun memulakan barbeque. Makanan yang di bawa untuk barbeque adalah seperti satay, ayam, kerang, ikan dan otak-otak. Duit Kelab digunakan untuk membeli makanan untuk barbeque disamping sumbangan dari ahli-ahli untuk membawa makanan yang lain. Seperti biasa, ahli memanggang memulakan kerja dengan membakar satay, ayam , kerang dan otak-otak. Memanggang makanan-makanan selesai lebih kurang pukul 9.30 malam. Barbeque kami bermula pada pukul 5.30 petang.
Bagi aku, kali ini kemeriahan kurang terasa. Tidak seperti pada tahun lepas semasa kami mengadakan hari keluarga di Cherating, kemeriahan amat terasa sekali. Semua makanan selepas di panggang, dikumpulkan dan dihidang dihadapan chalet tempat kami menginap. Dan kami semua menikmati juadah yang dihidang beramai-ramai. Tapi kali ini kami tidak dapat berbuat demikian kerana kami menyewa apartment dan bilik masing-masing jauh diantara satu sama lain. Aku harap dimasa hadapan perkara seumpama ini tidak berulang lagi.

Wednesday, May 5, 2010


SAMBUTAN MAULUD NABI TAMAN DEDAP
1hb.MEI 2010. Pada tarikh ini penduduk Taman Dedap, Jementah, Segamat, telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul. Majlis bermula pada pukul 9.00 malam selepas solat Isyak.
Semua penduduk telah memberikan kerjasama yang amat baik sekali. Bermula pada hari Jumaat, penduduk telah beramai-ramai bergotong royong mendirikan khemah. Pada hari berikutnya, penduduk telah beramai-ramai bergotong royong membuat segala persiapan bagi menjayakan majlis ini. Bermula dari pukul 9 pagi lagi, penduduk telah beramai-ramai berkumpul bagi membuat persiapan seperti memasak, menghias khemah dan kerja-kerja yang lain yang berkaitan.
Minum pagi, makan tengahari dan makan malam disediakan. Untuk menjayakan majlis tersebut, setiap rumah di kehendaki memberi sumbangan RM30.
Penceramah pada majlis ini ialah Tuan Haji Omar bin Abdullah, seorang muallaf kristian. Abang beliau ialah setiausaha gereja daerah Segamat.
Boleh dikatakan beliau seorang penceramah yang banyak pengalaman. Ceramah beliau cukup menarik. Dengan sebab itulah beliau seperti goreng pisang panas, lakunya di daerah Segamat.
Majlis berakhir lebih kurang pukul 11.00 malam.

Sunday, April 4, 2010

HARI KELUARGA PTDI DI KELANTAN

HARI KELUARGA PTDI DI KELANTAN

04-04-2010. Setelah 5 tahun berlalu, dimana Kelab Perpustakaan Tun Dr.Ismail, UiTM Segamat mengadakan Hari Keluarga di Batu Buruk, Trengganu, kini tibalah masa yang di tunggu-tunggu oleh seluruh kakitangan Perpustakaan PTDI, dimana kami telah mengadakan Hari Keluarga di Kelantan di Sutera Dara Beach Resort. Kami bertolak dari Dataran UiTM Segamat lebih kurang pukul 11.30 malam. 2 buah bas telah disediakan. Seramai 16 keluarga telah menyertai Hari Keluarga ini. menunggu bas yang tak kunjung tiba. semua dah tak sabar nak bertolak. ngantuk be.....dah pukul 11 malam dah. nak tido dah..........

Destinasi pertama setibanya kami di Kelantan ialah di Rantau Panjang. Sebelun itu kami telah berhenti disalah sebuah masjid di Behrang di Trengganu untuk menunaikan solat subuh. Kami sampai di Rantau Panjang pada jam 12.00 tgh. hari. Kami mengambil masa selama dua jam di Rantau Panjang untuk membeli belah. Walaupun dua jam, masa masih tidak mencukupi untuk merayau-rayau keseluruh kawasan Rantau Panjang.
Sepatutnya kami bergerak dari Rantau Panjang ke Sutera Dara Beach Resort pada pukul 2 petang, tetapi oleh kerana salah satu dari bas kami mengalami sedikit kerosakan, maka perjalanan kami diteruskan pada pukul 3 petang. Kami sampai di Sutera Dara Beach Resort lebih kurang pukul 5.20 petang. Kami semua terus bergegas untuk mendaftar dan mengambil kunci bilik masing-masing untuk berehat seketika sebelum acara sukaneka bermula.
Kami semua dikehendaki berkumpul di padang sukan pada pukul 6.30 ptg. untuk memulakan
sukaneka. Kalau difikirkan, masa memang tidak mencukupi untuk meeruskan sukaneka, kerana waktu yang begitu singkat. Tetapi Alhamdulillah, akhirnya acara tersebut dapat diselesaikan juga tepat pada waktu masuknya waktu maghrib. Lebih kurang 6 acara diadakan. 3 utnuk
kanak-kanak dan 3 untuk orang dewasa.

Monday, March 8, 2010

Maulud Nabi




Sambutan Maulud Nabi


05hb. March 2010. Hari ini hari Jumaat, pihak UiTM Kampus Segamat telah mengadakan majlis sambutan Maulud Nabi. Semua bahagian telah mengambil bahagian. Majlis Perarakan diadakan. Perarakan kali ini dekat sahaja, iaitu dari Dataran Sri Bendahara menuju ke Dewan Sri Temenggong. Itu pun termengah-mengah jugalah dibuatnya. Bagi aku dan kawan-kawan yang hampir seusia, mengadu termengah-mengah jugalah, walaupun perjalanan tak sampai satu kilometer pun.
Setiap bahagian dikehendaki membuat banner sambutan Maulud Nabi. Berbagai pertandingan diadakan pada majlis sambutan Maulud Nabi ini seperti pertandingan nasyid, tilawah al-quran, pertandingan banner tercantik, perarakan terbaik dan lain-lain lagi.
bahagian perpustakaan ptdi sedang bersedia untuk berarak

Bagi pertandingan nasyid, bahagian aku (perpustakaan) mendapat nombor 3. Perarakan, perpustakaan dapat nombor 2.
Ceramah agama juga turut diadakan.Penceramah adalah seorang penceramah luar. Menarik juga ceramah tersebut. Mengisahkan bagaimana air zam-zam, yang pada satu ketika sudah tidak keluar lagi, dan akhirnya keluar semula. Begitu juga menceritakan mengenai perjuangan Rasulullah s.a.w.. Bagaimana baginda menyorokkan diri di Gua Hira. Baginga tidur diatas peha bapa mertua baginda iaitu Sayyidina Omar. Dan Sayyidina Omar sanggup menutupi lubang, untuk mengelakkan seekor ular masuk kedalam gua, yang mana akhirnya kaki beliau di patuk oleh ular tersebut berkali-kali banyaknya, yang akhirnya beliau menahan kesakitan lalu menitiskan air mata dan air mata beliau terkena kemuka baginda Rasulullah s.a.w., yang membuatkan baginda terjaga dari tidur.
Sayyida Omar menceritakan perkara yang sebenar, lalu baginda Rasulullah s.a.w. mengubati kaki Sayyidina Omar. Begitulah hebatnya dizaman Rasulullah s.a.w., bagaimana seorang menantu boleh baring dan tidur diatas peha seorang bapa mertua.
Turut diceritakan juga sebuah cerita yang benar-benar berlaku, bagaimana seekor ular telah membaham dan menelan mayat seorang lelaki yang telah meninggalkan sembahyang.
Majlis berakhir lebih kurang pada pukul 11.45 pagi, dengan jamuan makan tengahari.
Insya Allah, pada tahun hadapan majlis yang seumpama ini akan diadakan lagi.
Wassalam.

bersedia untuk berarak

Says.My