Wednesday, May 5, 2010


SAMBUTAN MAULUD NABI TAMAN DEDAP
1hb.MEI 2010. Pada tarikh ini penduduk Taman Dedap, Jementah, Segamat, telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul. Majlis bermula pada pukul 9.00 malam selepas solat Isyak.
Semua penduduk telah memberikan kerjasama yang amat baik sekali. Bermula pada hari Jumaat, penduduk telah beramai-ramai bergotong royong mendirikan khemah. Pada hari berikutnya, penduduk telah beramai-ramai bergotong royong membuat segala persiapan bagi menjayakan majlis ini. Bermula dari pukul 9 pagi lagi, penduduk telah beramai-ramai berkumpul bagi membuat persiapan seperti memasak, menghias khemah dan kerja-kerja yang lain yang berkaitan.
Minum pagi, makan tengahari dan makan malam disediakan. Untuk menjayakan majlis tersebut, setiap rumah di kehendaki memberi sumbangan RM30.
Penceramah pada majlis ini ialah Tuan Haji Omar bin Abdullah, seorang muallaf kristian. Abang beliau ialah setiausaha gereja daerah Segamat.
Boleh dikatakan beliau seorang penceramah yang banyak pengalaman. Ceramah beliau cukup menarik. Dengan sebab itulah beliau seperti goreng pisang panas, lakunya di daerah Segamat.
Majlis berakhir lebih kurang pukul 11.00 malam.

No comments:

Says.My