Wednesday, June 24, 2009

CUTI SEKOLAH

10hb.Jun 2009, 3.00 ptg. Seperti biasa, apabila cuti persekolahan bermula, balik ke rumah emak aku di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang adalah satu kewajipan. Maka pada tarikh
10hb.Jun 2009, aku sekeluarga balik ke rumah emak aku. Aku bercuti sehingga 15hb.Jun. Aku sampai rumah emak aku lebih kurang pukul 7.30 malam. Letih jangan ceritalah.
Pada esoknya, anak-anak aku dah mula buat permintaan dan cadangan. Memang tidak dibafikan, setiap kali aku sekeluarga balik Klang, inilah permintaan yang mereka minta, iaitu mandi di Wet World, Shah Alam. Memang benar telahan aku. Mereka dah mula minta untuk mandi di Wet World Shah Alam. Aku menolak permintaan mereka. Apa lagi, riuh rendahlah dibuatnya. Emak aku tersenyum je melihat telatah cucu-cucu beliau. Berbagai-bagai alasan mereka berikan. Ada yang kata boringlah duduk rumah, tak bestlah duduk rumah dan macam-macam lagi alasan. Mereka mula mengomel sesama sendiri. Mereka terus meminta, meminta dan meminta untuk dibawa ke Wet World Shah Alam. Aku faham sangat perangai mereka, selagi tidak di tunaikan hajat mereka, selagi itulah mulut mereka asyik menyebut-nyebut je perkara itu. Walaupun aku katakan bahawa kita baru saja pergi Lost World of Tambun minggu lepas, bermandi-manda disana. Mereka kata sana lain, di Shah Alam lain, tak sama. Tetap mereka mengomel dan mengomel. Naik panas telinga ini di buatnya. Untuk menutup mulut mereka dan untuk menyejukkan telinga aku yang panas ni, maka terpaksalah aku mengalah dan buat keputusan pada hari Sabtu kita pergi.
Aku sangkakan aku sudah berjaya menutup mulut mereka dengan jayanya. Rupa-rupanya aku gagal. Hari Sabtu, satu keputusan yang telah aku putuskan pun menjadi riuh rendah dibuatnya. Kerana mereka terpaksa menunggu hanya lagi dua hari je untuk pergi Wet World Shah Alam.
Mereka bersungut dan bersungut mengatakan lambatnya lagi nak tunggu hari Sabtu. Bising di buatnya. Last sekali aku cakap dengan mereka, kalau nak pergi, diam dan jangan cakap banyak.
Kalau tak nanti ayah batalkan rancangan. Mereka diam. Rupa2nya diam sekejap je. Lepas tu mulalah mengomel semula. Tak henti-henti menanya. ayah hari Sabtu lagi berapa harilah, kenapalah lambatnya hari Sabtu, ayah besok hari Sabtu ya dan macam-macam lagilah.
Apabila tiba hari Sabtu, aku beritahu mereka, kita pergi lepas sembahyang Zohor. Kenapa lambat sangat ayah, bersungut anak aku yang nombor dua. Aku kata pergi lepas Zohor, tak panas. Selepas itu, mereka asyik menanya aku je, bila waktu Zohor masuk. Pukul berapa waktu Zohor, kenapalah lambat sangat waktu Zohor. Aku wat dek je, malas nak layan cakap-cakap mereka. Hinggakan mereka suruh aku sembahyang Zohor pukul sebelas pagi, bayangkanlah.
Begitulah telatah anak-anak yang melucukan hati.

Monday, June 8, 2009

MENGIKUTI ROMBONGAN SEKOLAH ANAK

30hb. May 2009. Pada 30 - 31hb May hingga 1hb Jun aku sekeluarga telah menyertai rombongan sekolah anak aku ke negeri Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Kami bertolak dari Jementah pada jam 7.30 pagi. Tempat pertama yang kami tuju ialah Lost World of Tambun, di Perak. Kami sampai jam 3.30 petang. Dalam perjalanan kami singgah minum pagi di Highway Seremban dan kami singgah disalah satu perhentian disepanjang Highway KL - Ipoh untuk makan tengahari dan solat zohor. Itu yang buat kami lewat sampai di Tambun. Kami ada masa dua jam sahaja untuk bermandi manda dan bermain mainan yang ada disediakan oleh pihak Lost World of Tambun.
Bagi kanak - kanak sekolah yang jarang menyertai rombongan apatah lagi bermandi - manda , masa yang diperuntukkan selama dua jam memang tidak cukup untuk mereka bermandi - manda. Tapi itulah hakikatnya, kerana Lost World of Tambun hanya beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga jam 6.00 petang sahaja. Kedengaran ramai kanak - kanak yang bersungut kerana tidak puas mandi. Apa boleh buat kerana kami tiba di Tambun jam 3.30 ptg. Dengan urusan membeli tiket, masuk kedalam Lost World dan seterusnya mencari tempat untuk meletak pakaian sudah memakan masa setengah jam.
Berseronok sakanlah murid - murid sekolah anak sulong aku yang terdiri daripada murid darjah 2 hingga darjah 6, bermandi manda dan menaiki mainan yang disediakan. Dua jam yang di peruntukkan tidak dilepaskan peluang untuk dipenuhi dengan sepenuhnya.
Tempat yang begitu besar amat memenatkan aku, kerana aku terpaksa mengawal dan mengawasi segala pergerakan anak - anak aku. Maklumlah, tempat yang begitu besar dan orang yang begitu ramai, membuatkan aku terpaksa memberi perhatian dan pengawasan yang rapi terhadap anak - anak aku. Aku mengikuti rombongan ini pun adalah disebabkan hendak mengawasi anak - anak aku, kerana guru - guru yang turut serta menyertai rombongan ini, sudah pasti tidak dapat mengawal kesemua anak - anak murid mereka. Langkah terbaik bagi aku ialah menyertai rombongan ini. Lihatlah gambar dibawah
suasana didalam Lost World Of Tambun.
Jam 6 petang kami keluar dari Lost World of Tambun. Tempat yang paling aku tak suka sekali ialah tempat yang ada menjual barang - barang cenderahati. Aku terlalu fobia apabila ada kedai - kedai yang menjual barang - barang cenderahati. Harganya dahlah mahal, beli satu bukannya boleh, anak ada tiga orang. Kalau sorang beli, yang lagi dua orang mesti nak punya......beli pulak bukannya satu barang, kalau sorang beli dua atau tiga barang, yang dua orang lagi mesti nak sama, dua atau tiga barang. Kalau satu barang harganya RM3, dua atau tiga barang dah jadi berapa. Campur dengan tiga orang dah jadi berapa kesemua jumlahnya. Tak cecah kat RM30. Itu baru anggaran je.......pernah aku beli barang - barang cenderahati yang mereka inginkan hampir cecah RM50. Budak-budak, bukannya nakkan benda tu suma, mereka hanya nak beli je, ikut kengkawan, pabila dah beli, bukannya dihiraukan sangat benda yang dah dibelinya tu. Janji barang yang mereka nak, kita belikan, itu je. Kalau tak dibelikan, huh..... merengek semacam. Mulut tak henti-henti meminta je....nak tak nak terpaksalah beli juga. Aku rasa, perkara yang aku alami ini, akan turut dirasai oleh mereka-mereka yang mempunyai anak yang ramai, seperti rakan sepejabat ngan aku. Adalah dua tiga orang yang sama mencurahkan perasaan mereka kat aku. Sekadar bercerita mengenai telatah anak-anak, seronok juga, terhibur sikit hati di pejabat.
Sambung balik cerita, selepas keluar dari Lost World of Tambun, lebih kurang jam 6.30 petang, kami meneruskan perjalanan ke Hotel Seri Malaysia di Kedah. Sebelum itu kami singgah makan malam dan solat Maghrib di Highway Ipoh. Kami sampai di Hotel Seri Malaysia, Kedah, lebih kurang jam 12.00 tengah malam. Sampai je di Hotel tersebut, pertama sekali yang kami nampak ialah Gambar Pak Janggut yang amat dikenali dan terkenal di seluruh Dunia. Gambar tersebut, tak lain tak bukan ialah KFC. Selepas je memunggah barang- barang, dan kami check-in , mandi dan membersihkan badan, aku sekeluarga turun ke KFC, kerana perut lapar lagi. Walau pun jam dah menunjukkan hampir pukul 1.00 pagi, kami gagahkan juga badan kami, untuk turun makan KFC. Anak kedua aku Ar-Rahman tak nak ikut, kerana ngantuk nak tidor, aku paksa dan pujuk dia supaya ikut, kalau tak, siapa nak jaga beliau didalam hotel nanti. Ahli rombongan yang lain, dah dibuai oleh mimpi yang teramat keletihan dan kepenatan. Esok kami cerita ngan mereka, mereka ketawakan kami. Jam hampir pukul 2 pagi, kami balik ke Hotel dan terus melayang di buai keletihan dan kepenatan. Esok 31hb. May, jam 6.00 pagi kami bangun, dan jam 7.00 pagi kami turun untuk bersarapan pagi di Dewan makan Hotel. Kami check-out jam 9.00 pagi.

Destinasi kami seterusnya ialah Muzium Padi di Gunung Keriang, Alor Setar,Kedah. Ini adalah gambar di Muzium Padi, di Kedah. Ini sebenarnya adalah gambar hasil lukisan pelukis dari Korea.
Yuran masuk bagi dewasa RM4 dan kanak-kanak RM2. Untuk membawa masuk kamera dan video kamera dikenakan bayaran RM2.Didalam muzium ini hanya ada pameran alat-alat dari mula menanam padi hinggalah saat menuainya. Selepas ini kami pergi melawat rumah kelahiran mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang terletak di Jitra, Kedah.

Ini adalah rumah kelahiran
Tun Dr.Mahathir Mohamad,
bekas PM Malaysia.





Tidak ada apa yang menarik yang hendak diceritakan mengenai rumah beliau ini.Lihatlah gambar rumah beliau. Ini adalah rumah bekas PM yang kedua yang aku ziarah. Sebelum ini aku pernah ziarah rumah bekas PM Tun Abdul Razak yang terletak di Pekan, Pahang. Aku tak ingat tahun berapa. Lama dah. Dalam tahun 1997 kot.

Destinasi kami seterusnya ialah Pekan Rabu, di Alor Setar, Kedah. Disini kami berhenti makan tengahari dan solat zohor. Lebih kurang jam 2.00 ptg. kami meneruskan perjalanan kami ke Padang Besar, Perlis. Al-maklumlah, di Padang Besar ni tempat membeli belah, jadi siap sediakan jelah duit. Tapi aku taklah shopping sangat, hanya beli sepasang kasut je. Harga nya masih lagi sama seperti mana aku beli pada tahun 2007 di tempat yang sama. Hairan bin ajaib.

Disini, apa yang aku takutkan ialah mengenai keselamatan anak-anak. Maklumlah keadaan sekeliling yang begitu ramai orang, termasuk orang-orang Thai. Kalau tak diperhatikan dan mengawal anak-anak, khuatir juga kot-kot apa-apa yang berlaku kat anak-anak kita. Pengawasan rapi terpaksa dilakukan demi keselamatan anak-anak.

Lebih kurang jam 5.3optg, kami pun beredar dari Padang Besar menuju ke Pulau Pinang, tempat kedua untuk kami beristirehat dan bermalam. Kami bermalam di Hotel Seri Malaysia, Pulau Pinang. Sebelum itu, kami singgah disalah satu tempat R&R di Lebuhraya Kedah-Pulau Pinang untuk makan malam dan solat maghrib. Kami sampai di Hotel lebih kurang pukul 11.30 malam.
Sesampai je di Hotel kami terus check in, sebab dah terlalu penat dan ngantuk. Masuk je dalam bilik Hotel, kami mandi dan terus je tidor. Tak leh tunggu dah, mata dah ngantuk sangat.Esok kena bangun pagi-pagi sebab nak pergi Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Jam 7.00 pagi kami semua turun untuk sarapan pagi di Dewan makan Hotel. Selepas minum, guru rombongan membenarkan anak-anak murid mereka untuk berendam didalam air kolam renang hotel. Kami bertolak ke USM lebih kurang pukul 9.30 pagi. Sesampai je di USM, pihak USM tak dapat menerima kami untuk membuat lawatan, kerana mereka banyak kerja. Mereka suruh kami membuat lawatan sendiri je. Apa punya hal lah dia orang ni. Wal hal surat permohonan dah di hantar. Akhirnya macam ni jadi nya. Akhirnya guru rombongan mengubah haluan ke Bukit Bendera. Kami sampai di Bukit Bendera lebih kurang pukul 11.30 pagi. Guru sekolah membeli tiket menaiki keretapi. Waktu untuk kami menaiki keretapi Bukit Bendera ialah pukul 2.15 petang. Oleh kerana kami ada masa lebih kurang 2 jam lagi, maka kami mengambil keputusan untuk pergi makan tengahari dan solat zohor. Kami pergi Masjid Negeri Pulau Pinang. Disitu ada gerai makan. Maka kami makan dan terus solat zohor. Selepas solat kami pergi semula ke Bukit Bendera untuk menaiki Keretapi Bukit Bendera. Bagi aku menaiki Kereta Kabel lebih seronok dan selesa dari menaiki Keretapi Bukit Bendera. Kalau ada peluang lagi untuk menaiki keretapi Bukit Bendera ni, aku pasti menolaknya. Apa taknya, dahlah ruang keretapi tu sempit, selagi boleh muat untuk diisi penumpang, diisi sepenuh-penuhnya, seperti ikan sardin. Panas lak tu, kipas satu je, berpeluh dibuatnya. Kesimpulannya, memang tak seronoklah naik keretapi Bukit Bendera ni.Aku tak galakkanlah kepada sesiapa je untuk menaiki keretapi ni. Tapi kalau nak cuba, cubalah.
Perjalanan dari bawah sampai ke atas memakan masa setengah jam, ada transit lak tu. Pertengahan jalan kena turun dan naik keretapi lain lak. Sesampai je diatas, penumpang bebas dan boleh bersiar-siar diatas dan melihat pemandangan Negeri Pulau Pinang. Kemana saja tempat yang dituju, ada saje kedai cenderahati, menyirap darah aku dibuatnya. Apa taknya, ada je yang kena beli. Disini je habis kat RM100. Lebih kurang jam 3.30 petang kami turun kebawah.
Kami bertolak balik ke Jementah lebih kurang jam 6.00 petang. Kami sampai Jementah lebih kurang pukul 2.00 pagi, 2hb.Jun, pagi Selasa Huh........itulah pengalaman sepanjang perjalanan aku serta keluarga mengikuti rombongan sekolah anak aku. Ini adalah kali kedua aku mengikuti rombongan sekolah anak aku. Tamat.

Gambar-gambar didalam Muzium Padi Kedah.

Says.My