Wednesday, June 24, 2009

CUTI SEKOLAH

10hb.Jun 2009, 3.00 ptg. Seperti biasa, apabila cuti persekolahan bermula, balik ke rumah emak aku di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang adalah satu kewajipan. Maka pada tarikh
10hb.Jun 2009, aku sekeluarga balik ke rumah emak aku. Aku bercuti sehingga 15hb.Jun. Aku sampai rumah emak aku lebih kurang pukul 7.30 malam. Letih jangan ceritalah.
Pada esoknya, anak-anak aku dah mula buat permintaan dan cadangan. Memang tidak dibafikan, setiap kali aku sekeluarga balik Klang, inilah permintaan yang mereka minta, iaitu mandi di Wet World, Shah Alam. Memang benar telahan aku. Mereka dah mula minta untuk mandi di Wet World Shah Alam. Aku menolak permintaan mereka. Apa lagi, riuh rendahlah dibuatnya. Emak aku tersenyum je melihat telatah cucu-cucu beliau. Berbagai-bagai alasan mereka berikan. Ada yang kata boringlah duduk rumah, tak bestlah duduk rumah dan macam-macam lagi alasan. Mereka mula mengomel sesama sendiri. Mereka terus meminta, meminta dan meminta untuk dibawa ke Wet World Shah Alam. Aku faham sangat perangai mereka, selagi tidak di tunaikan hajat mereka, selagi itulah mulut mereka asyik menyebut-nyebut je perkara itu. Walaupun aku katakan bahawa kita baru saja pergi Lost World of Tambun minggu lepas, bermandi-manda disana. Mereka kata sana lain, di Shah Alam lain, tak sama. Tetap mereka mengomel dan mengomel. Naik panas telinga ini di buatnya. Untuk menutup mulut mereka dan untuk menyejukkan telinga aku yang panas ni, maka terpaksalah aku mengalah dan buat keputusan pada hari Sabtu kita pergi.
Aku sangkakan aku sudah berjaya menutup mulut mereka dengan jayanya. Rupa-rupanya aku gagal. Hari Sabtu, satu keputusan yang telah aku putuskan pun menjadi riuh rendah dibuatnya. Kerana mereka terpaksa menunggu hanya lagi dua hari je untuk pergi Wet World Shah Alam.
Mereka bersungut dan bersungut mengatakan lambatnya lagi nak tunggu hari Sabtu. Bising di buatnya. Last sekali aku cakap dengan mereka, kalau nak pergi, diam dan jangan cakap banyak.
Kalau tak nanti ayah batalkan rancangan. Mereka diam. Rupa2nya diam sekejap je. Lepas tu mulalah mengomel semula. Tak henti-henti menanya. ayah hari Sabtu lagi berapa harilah, kenapalah lambatnya hari Sabtu, ayah besok hari Sabtu ya dan macam-macam lagilah.
Apabila tiba hari Sabtu, aku beritahu mereka, kita pergi lepas sembahyang Zohor. Kenapa lambat sangat ayah, bersungut anak aku yang nombor dua. Aku kata pergi lepas Zohor, tak panas. Selepas itu, mereka asyik menanya aku je, bila waktu Zohor masuk. Pukul berapa waktu Zohor, kenapalah lambat sangat waktu Zohor. Aku wat dek je, malas nak layan cakap-cakap mereka. Hinggakan mereka suruh aku sembahyang Zohor pukul sebelas pagi, bayangkanlah.
Begitulah telatah anak-anak yang melucukan hati.

No comments:

Says.My