Saturday, July 11, 2009

Ke UiTM Shah Alam

5hb.Julai 2009. Pada hari ini 5hb.Julai 2009, aku sekeluarga dan keluarga sebelah isteri aku iaitu abah, mak, pak ngah dua beranak dan pak anjang tiga beranak termasuk faridah dua beranak pergi ke UiTM Shah Alam. Tujuan kami kesana ialah untuk bersama-sama melihat Fatin anak Dilla, anak saudara isteri aku mendaftarkan diri sebagai pelajar UiTM. Kami bertolak dari Melaka lewat sedikit kerana pada pagi tersebut hujan turun dengan lebatnya. Kami bertolak dari Melaka lebih kurang pukul 8.30 pagi. Kami sampai di UiTM Shah Alam lebih kurang pukul 11.30 pagi.
Di kawasan UiTM, jalanraya amatlah sesak sekali. Itu perkara biasa pada setiap kali pendaftaran pelajar baru, jalanraya di UiTM akan menjadi sesak, seperti sesaknya dijalanraya didalam kawasan Kuala Lumpur. Mencari tempat letak kereta juga menjadi satu masaalah. Terpaksa tawaf satu UiTM baru dapat kawasan tempat letak kereta. Oleh kerana aku adalah bekas kakitangan UiTM Shah Alam, maka tidak menjadi masalah bagi aku untuk mencari tempat letak kereta.
Pendaftaran selesai lebih kurang pukul 1.30 tengahari. Selesai sudah pendaftaran, kami semua turun ke Sesyen 2, untuk makan tengahari. Masing-masing dah mengadu perut lapar. Selesai makan, kami bertolak ke Alamanda, Petaling Jaya. Rupa-rupanya, kursus yang beliau ambil tidak ada di Shah Alam. Untuk kesana, menimbulkan satu masalah, kerana aku tak tau jalan hendak menuju kesana. Nak tak nak, terpaksalah kami redah je jalan untuk kesana. Tapi, akhirnya Alhamdulillah temui juga tempat yang hendak dituju. Tiga empat kali sesat. Namun bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan.
Beliau ditempatkan di tingkat 9. Mujurlah ada lif, kalau tidak teruk juga hendak mendaki tangga.Tempatnya kira okey lah. Kedudukannya di tepi jalan je. Asramanya tiga orang satu bilik. Kira okeylah tu.
Dengar cerita selepas dua tiga hari duduk sana, beliau sudah rasa seronok. Katanya dah ada kawan. Biasalah, dimana-mana saja kita berada, pada peringkat permulaannya, memanglah berbagai-bagai perasaan menyelubungi di dalam hati. Lebih-lebih lagi sebelum pergi. Tension je. Tapi bila dah pergi dan menetap disana, huh... keluarga pun boleh lupa. Itulah dikatakan manusia. Maklumlah, pertama kali bebas dari kongkongan mak bapak katakan. Tiga tahun pulak tu. Ahlan wal sahlan. Silap-silap hari bulan cuti semester pun tak balik rumah.
Mak bapak, ye ye je menunggu dirumah. Si anak tak kunjung tiba. Alasan, tak dapat balik kerana ada program dengan pensyarah, lawatan kesana dan kesini. Rupa-rupanya, ikut kawan balik kampung. Macam-macam da..........
Harapan tinggi mak bapak, agar si-anak belajar rajin-rajin dengan harapan agar membawa pulang segulung ijazah. Kepercayaan sepenuhnya diberi kepada si anak. Mak bapa dah tak peduli lagi hal si anak yang berada di universiti. Dah tak ambil tahu. Asalkan anak aku dah berjaya memasuki uiniversiti, sudah cukup. Anak aku pandai menjaga diri dan berbagai-bagai andaian yang di buat oleh si ibu dan si bapa.
Seandainya begitulah andaian mak bapak terhadap anak-anak mereka yang belajar di universiti,adalah satu kesalahan yang amat besar yang telah mereka lakukan. Belajar di Universiti bukannya seperti belajar di sekolah menengah.
Disekolah menengah, anak-anak berada didepan mata senantiasa. Belajar di Universiti, anak-anak tinggal bersendirian jauh dari keluarga dan ibubapa. Mereka boleh buat apa saja mereka suka tanpa perlu meminta izin dari kedua ibubapa. Mereka boleh pergi kemana saja tanpa meminta izin dari ibubapa. Mereka boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa meminta izin dari ibubapa. Bak kata pepatah, mereka adalah seperti seekor burung yang boleh terbang tinggi atau rendah dengan bebasnya.
Yang boleh membataskan kebebasan anak-anak yang berada jauh dari jagaan ibubapa hanya lah ilmu agama dan doa dari ibubapa agar Allah memberi perlindungan dan jagaan terhadap si anak yang berada jauh dari jagaan ibubapa. Hanya itulah saja senjata yang boleh menyelamatkan anak-anak yang berada jauh dari jagaan ibubapa.
Aku sebagai seorang kakitangan universiti sudah cukup dan luas pengalaman, mengenai perjalanan seorang pelajar universiti walaupun aku bukannya seorang pelajar universiti.

No comments:

Says.My