Monday, July 13, 2009

Pergi Senai, Johor

11hb.Julai 2009. Hari ini selepas kerja lebihmasa, lebih kurang pukul 6.00 ptg. aku sekeluarga bersama dengan mak mertua dan Si Farah bertolak ke Senai, Johor, rumah Kak Long Sarimah di Kampung Jaya Sepakat. Oleh kerana mereka talipon suruh datang, katanya nak buat barbeque, maka terpaksalah kami pergi. Kami sampai lebih kurang pukul 8.00 malam. Aku pun terkejut, macamana aku boleh sampai dalam masa dua jam sahaja. Biasanya kalau aku drive dari Segamat ke Senai, paling cepat pun tiga jam. Tapi kali ni dua jam. Rupanya, baru aku perasan, aku masuk tol Yong Peng keluar tol Skudai dengan bayaran RM11.10, perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam. Bawa pun taklah laju sangat. Normal drive je.
Aku fikirkan nak cepat sampai supaya aku berkesempatan untuk menunaikan solat maghrib. Memang sempat pun. Lagi pun dalam perjalanan tidak ada sebarang masaalah, tak ada jam, kenderaan pun tak banyak, maka perjalanan lancar je. Aku drive seperti biasa je. 90 hingga 110 km/j. Hujan turun sekejap-sekejap disepanjang lebuhraya Macap ke Senai.
Sampai je rumah mereka, ayam sedang bergolek diatas bara api. Sedapnya bau. Perut pun memang dah lapar sangat. Selepas solat maghrib, aku terus je capai pinggan dan ambil mi goreng yang dah siap masak dan terus mencapai ayam yang dah masak di atas bara api. Ngap. Huh....kenyang perut aku.
Aku tanya anak saudara, tujuan apa ni, mereka kata saja je masak-masak nak ajak kawan-kawan makan. Alhamdulillah, moga dimurahkan rezeki mereka. Aku bedal ayam kat 5 ketul juga le.
Esoknya, Pak Lang sekeluarga datang. Sedang berbual-bual, tiba-tiba gugur sebiji durian yang memang tinggal lagi sebiji pun diatas pokok dibelakang rumah. Nak makan tak leh, sebab orang ramai sanagt, maka dibuat kuah durian. Dah tak rasa duriannya lak , sebab air terlebih sangat. Tak pe lah, dah tak de rezeki.
Lebih kurang pukul 5.30 petang, aku sekeluarga pun balik Segamat. Kami singgah di Labis untuk makan malam. Kena RM 34.80. Sampai Segamat Baru untuk hantar mak mentua dan Si Farah lebih kurang kul 8.35 malam. Kemudian kami terus je balik rumah. Aku dah letih sangat dah. Sampai rumah lebih kurang pukul 9.10 minit malam.
Semoga dilain kali mereka jemput kami sekeluarga lagi untuk makan ayan golek. 12hb.Julai 2009

No comments:

Says.My