Tuesday, July 27, 2010

NISFU SYAABAN

27hb. Julai 2010. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi aku sekali lagi peluang untuk menyambut Nisfu Syaaban. Peluang seperti ini bukannya datang sebulan sekali, tetapi setahun sekali. Insya Allah, aku harap agar aku dapat berpeluang sekali lagi untuk menyambut Nisfu Syaaban pada tahun hadapan.
Seperti biasa, pada malam Nisfu Syaaban, setiap surau dan masjid, mengadakan bacaan Yasin sebanyak 3 kali dan memohon doa kepada Allah agar dikuatkan iman, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yang halal.
Begitu juga disurau tempat aku, iaitu Surau Kampung Kubu Dedap, Jementah, Segamat. Alhamdulillah, sambutan hangat yang diberikan oleh penduduk amat menggalakkan. Ada yang tidak dapat datang dengan mewakilkan anak masing-masing. Surau penuh dengan jemaaah. Tidak seperti hari-hari yang lain.
Biasalah, sudah seperti menjadi satu adat dan budaya, masjid atau surau akan penuh apabila ada sesuatu perayaan atau sambutan diadakan. Daripada anak-anak kecil hinggalah keperingkat orang tua-tua, berduyun-duyun datang ke surau atau masjid-masjid. Tetapi apabila hari biasa, surau-surau dan masjid-masjid akan menjadi lengang, seperti tidak ada manusia yang sudi datang menziarahinya. Na u zu billa hi min za lik. Insya Allah, surau dan masjid-masjid akan di kunjungi semula oleh para jemaah apabila tibanya bulan Ramadhan tidak berapa lama lagi. Selamat berjumpa di bulan Ramadhan. Insya Allah.

No comments:

Says.My