Wednesday, April 22, 2009

KURSUS DI GEBENG (PAHANG)
Teringat aku pada satu kisah yang lampau yang mana hingga kini ianya masih lagi belum meragut ingatan ku untuk melupakan kisah tersebut. Kisah tersebut berlaku tatkala aku dan kakitangan ITM Kampus Segamat (pada masa itu) telah terpilih untuk mengikuti kursus disalah satu tempat di negeri Pahang yang diberi nama Gebeng. Disini kami diberi latihan ala tentera kerana yang melatih kami pun, adalah bekas tentera. Disiplinnya amboi tersangatlah ketat, lebih ketat dari seluar yengki yang ketat. Jeritan jurulatih ini, kalau dia menjerit dan beri arahan, naik runtuh bukit yang ada kat situ.
Pada satu petang kami diajar berkawad. Al maklumlah orang awam diajar berkawad seperti tentera. Diberi arahan belok kiri, ada yang belok kanan dan ada yang pusing belakang. Apalagi berderailah ketawa kami semua. Mujurlah jurulatih pada hari tersebut moodnya bagus. Lepas tu pulak satu adegan yang tak dapat aku lupakan. Memang menggelikan hati. Arahan diterima agar kami semua menyedut nafas dalam-dalam hingga kempis perut kami dibuatnya.
Entah macamana , entah siapa kah punya gerangan, entah makhluk mana punya serangan, tiba-tiba kami satu pelatun tersedut satu punya bau yang amatlah sangat busuknya. Lebih busuk dari telor busuk. Dalam kami semua menyedut nafas dalam-dalam, tiba-tiba ada diantara kami telah melepaskan bom secara senyap (kentot) Apalagi kami semua berkeliaran melarikan diri. Amatlah busuknya.
Masing-masing tidak mahu mengaku. Mulalah tuduh menuduh diantara satu sama lain hingga dibawa ke waktu malam. Hinggalah ke hari ini aku tak tau siapakah gerangan yang melepaskan bom atom itu.
Peristiwa tersebut telah berlalu belasan tahu yang lepas. Banyak lagi kisah-kisah menarik yang masih lagi dalam ingatan aku sewaktu menghadiri kursus. Insya Allah akan aku paparkan di blog aku ini dimasa akan datang.
Hanya untuk berkongsi pengalaman.

No comments:

Says.My