Tuesday, September 29, 2009

Lahirnya sebuah Syawal

Lahirnya Syawal

29-09-2009. Dengan perasaan sedih dan hiba aku menyambut kelahiran Syawal. Sedih bukan kerana aku tidak suka diatas kelahiran Syawal. Sedih bukan kerana aku tidak suka melihat cahaya wajah Syawal. Sedih nya aku ialah kerana Ramadhan telah meninggalkan aku walaupun ianya telah melahirkan Syawal buat pengubat hati aku nan duka. Memang tidak dinafikan, setiap kali lahirnya Ramadhan, walaupun usianya begitu singkat, paling tidak pun 29 atau 30 hari, usianya, seluruh umat Islam diatas muka bumi Allah ini berkejaran dan berkorban apa saja demi untuk mengejar apa yang ada di dalam perut bumi Ramadhan itu.
Tak perlulah aku bercerita panjang mengenai kerenah, telatah dan tabiat manusia apabila menyambut kelahiran Ramadhan. Masing-masing mempunyai sejarah dan pengalaman yang tersendiri.
Kini setelah perginya Ramadhan, disambut pula kelahiran Syawal, hati ini tertanya-tanya, dapatkah aku bersua dan bertemu lagi pada Ramadhan yang akan dilahirkan pada tahun 2010.
Segala-galanya aku pasrah dan berserah kepada Allah s.w.t. semoga Allah akan mengizinkan dan menghendaki aku, isteri dan anak-anak aku, dapat menyambut kelahiran Ramadhan yang akan dilahirkan pada tahun 2010. Insya Allah.
1 Syawal, atau Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, aku sekeluarga sambut di Segamat Baru terlebih dahulu. Yakni rumah mertua aku. Bagi aku sambutan hari raya seperti biasa saje. Tak kiralah nak sambut di mana-mana dulu pun. Sedih tu timbul apabila terkenangkan emak aku yang telah kehilangan suaminya lebih dua tahun yang lalu, kerana arwah ayah aku telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2007. Aku tahu emak aku memang mengharapkan aku berhari raya bersama-sama beliau terlebih dahulu, sebabnya ialah aku anak lelaki yang tua, walaupun dia kata tak kisah apabila aku menyuarakan hasrat untuk berhari raya di Segamat terlebih dahulu.
cucu-cucu sedang bergambar bersama datok dan nenek mereka

bergambar selepas dapat duit raya......hahahahaha
aku bersama isteri dan anak-anak di pagi raya pak lang sekeluarga di pagi raya

kak cik bersama anak-anak di pagi raya

















pak teh bersama anak2 saudara






No comments:

Says.My