Monday, September 14, 2009

BULAN RAMADHAN

14-9-2009. Hari ini adalah hari yang ke 24 Ramadhan. Sudah dua puluh empat hari seluruh manusia beragama Islam didunia ini berpuasa. Hanya tinggal lima hari saja lagi, bulan Ramadhan akan tinggalkan kita. Meninggalkan kita buat sementara waktu, bagi yang umur panjang akan berjumpa dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan, tetapi seandainya dunia kiamat dalam masa setahun ini, maka ini bermakna Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terakhir buat seluruh manusia beragama Islam didunia ini. Segalanya mungkin. Tiada mustahil bagi Allah.
Seandainya ianya terjadi, maka rugi besarlah umat Islam didunia ini yang mengabaikan kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang hanya berpuasa lapar dan dahaga saja.
Memang tidak dinafikan, berbagai-bagai kerenah manusia yang kita lihat disekeliling kita pada bulan Ramadhan ini. Banyak yang boleh diperkatakan dan di sebutkan. Tetapi biarlah ia nya menjadi iktibar dan pengajaran buat kita yang benar-benar berpuasa dengan ikhlas seikhlas ikhlasnya kerana Allah s.w.t.
Bagi aku, pada bulan Ramadhan pada tahun ini, amat menggembirakan hati aku. Aku teramat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kesemua anak-anak aku yang berumur 6 hingga 9 tahun berpuasa. Bagi aku, aku tidak memaksa atau menyuruh mereka berpuasa. Aku lebih suka sekiranya mereka sendiri yang meluahkan hasrat hati mereka samada untuk berpuasa atau tidak. Anak aku yang sulung memang tidak keberatan untuk berpuasa. Beliau memang suka berpuasa. Malahan pada tahun lepas beliau sendiri mengajak aku puasa enam hari di bulan Syawal.
Anak aku yang kedua berumur 7 tahun pula, beliau sendiri yang hendak puasa dan Alhamdulillah, setakat ini tiada masalah. Walaupun adakalanya, bila tiba waktu petang mulutnya mengomel, nak berbukalah, lambat lagi nak berbukalah, lagi berapa jam nak berbukalah. Macam-macamlah. Yang mainkan peranan agar beliau meneruskan puasa, siapa lagi kalau bukan umi nya.
Anak aku yang ketiga pula, usianya 6 tahun, perempuan. Pada hari pertama puasa setakat hingga jam 3 ptg. je. Bukan kerana nak makan kerana dek lapar, tetapi kerana nak makan gulu-gula yang dah lama beliau simpan. Dah nak buat cam ne. Budak-budak. Maka berbukalah dia. Entah macamana, pada hari ketiga Ramadhan, beliau sendiri buka mulut, ayah esok kejutkan kita bangun sahur, kita nak puasa. Hati aku berkata, entah ia entah tidak si Nisa ni. Aku tak menjawab. Dia cakap lagi, berulang-ulang hinggalah aku menjawab ia. Bermula dari esoknya, Ramadhan keempat hinggalah ke hari ini, Ramadhan ke dua puluh empat, beliau masih lagi belum meninggalkan puasa. Walaupun adakalanya bersungut laparlah, dahagalah, nak berbukalah dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, peranan umi nya jugalah yang telah menyelamatkan keadaan. Aku berharap agar mereka akan terus berpuasa hinggalah ke akhir Ramadhan. Dan pada tahun-tahun yang akan datang, semoga Allah akan memberi kekuatan dan keinginan yang kuat dihati anak-anak aku agar mereka akan terus berpuasa dan seterusnya beribadah kepadaNya. Bersyukur aku kepada Allah tidak terhingganya.

1 comment:

Mohd Halim Kadri said...

Salam Abang Zali,

Tentunya itu semua adalah nikmat Allah kepada kita. Anak-anak adalah penghibur dan penyeri dalam kehidupan. Terasa sunyi bila berjauhan dengan mereka. Mudah-mudahan merekalah yang akan mendoakan kita bila dah tiada nanti.

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.

Says.My