Thursday, May 14, 2009


GENTING OH GENTING (PART 1)
Pada tahun 1985 adalah tahun terakhir aku mendaki puncak Genting Highland. Pada tahun tersebut ITM Segamat baru beroperasi selama setahun. ITM Shah Alam telah menganjur Hari Keluarga yang di adakan di Genting Highland. Seluruh warga ITM seluruh Malaysia berkumpul di Genting Highland. Berbagai acara diadakan pada hari tersebut.
Kini setelah 24 tahun berlalu aku dan keluarga dengan memandu sendiri (pertama kali memandu ke Genting Highland) menuju ke puncak Genting Highland.

Gembira pun ada, seram pun ada, khuatir pun ada. Macam-macam bermain di kepala ini. Apa taknya tak pernah memandu sendiri ke puncak Genting Highland. Takut kereta rosaklah. Takut brek rosaklah dan macam-macam lagi.
Alhamdulillah, dengan izin Allah aku sekeluarga selamat sampai dan selamat balik.
Yang paling excited sekali ialah isteri dan anak-anak aku. Mereka bukannya tau apa yang bermain di dalam kepala aku ni. Tengoklah gambar isteri aku tu. Senyum sukaria aje (gambar atas) Gambar tersebut di ambil setelah kami masuk ke outdoor game.
Dalam perjalanan kami singgah sebentar di Batu Berayun (lihat gambar bawah). Kami bergambar buat kenangan.

Ini adalah Batu Berayun


Singgah
sebentar sebelum
meneruskan
perjalanan ke
puncak GH



Setelah bergambar di Batu Berayun kami teruskan perjalanan. Kami singgah pula di Goh Tong Jaya. Kami memasuki kedai Cokelat. Bermacam-macam cokelat ada jual. Tapi maaflah, harganya ya Allah, kalau datang bawa setakat RM50 tak yah singgah lah di kedai cokelat ni. Buat telan air liur je. Sebungkus cokelat yang tak sampai sekilo harganya RM48.00
Nak tak nak terpaksalah beli. Anak nak makan. Tapi sayang, apabila sampai Segamat habis cokelat tu jadi cair. Apa taknya, cokelat tersebut berada didalam kereta selama 4 hari.
Kemudian kami teruskan perjalanan ke puncak. Saat saat yang dinanti-nantikan oleh isteri aku anak beranak.
Dalam perjalanan, riuh rendah kereta dibuatnya. Selain aku dan isteri aku yang berada didalam kereta, dua orang anak saudara kepada isteri aku turut berada didalam kereta (anak2 aku menaiki kereta abang ipar isteri aku). Maknanya anak - anak kami bertukar kereta.
Anak-anak saudara isteri aku sudah beberapa kali menaiki Genting Highland. Merekalah yang menjadi pemandu pelancong buat isteri aku di sepanjang perjalanan (almaklumlah, isteri aku ni tak pernah pergi Genting Highland, tu yang xcited sangat tu)
Yang sebenarnya aku ke Genting bersama dengan biras aku yang menetap di Raub. Kami pergi dua buah kereta. Kami bertolak dari Raub jam 8.30 pagi. Dalam perjalanan kami singgah minum pagi. Kami sampai ke puncak Genting Highland lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Kami menetap di Hotel Pahang, jenis Apartment. Ada dua bilik. Selesa juga biliknya. Besar. Sejuk jangan ceritalah. Lebih sejuk dari bilik yang ada air-cond.
Lebih kurang pukul 1.30 tgh. kami pergi ke pusat permainan outdoor. Apalagi, riang ria lah perasaan anak-anak aku. Maklumlah, banyak permainan yang boleh dimain. Tapi kesian tengok anak aku yang sulong. Adik-adiknya boleh main macam-macam mainan, tapi beliau tak boleh. Nak tau apa sebabnya. Pihak genting telah menetapkan bahawa kanak-kanak yang hendak main mainan yang disediakan, mereka terlebih dahulu kena ukur ketinggian. Ketinggian beliau tidak melayakkan beliau untuk bermain beberapa mainan yang dipilih untuk mengukur ketinggian, seperti kereta langgar (memang kegemaran beliau). Apa boleh buat. Tengok jelah. Inilah kereta langgar (lihat gambar) yang anak sulong aku tak dapat naik. Ini adalah adik beliau, Nisa.
Yang ini seorang lagi adik beliau Ar-Rahman. Nak wat camne. Outdoor game ini kita boleh main dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
Kerana pada hari ini ialah cuti hari buruh (1hb May 2009) Apalagi, kami pun raya sakanlah mengambil peluang tersebut. Kalau hari biasa hingga jam tujuh malam saja. Jam sepuluh malam barulah kami pergi makan malam. Jam 12 tgh. malam kami balik ke Hotel. Puuuuhhh. Penat jangan ceritalah. (sambung cerita dilain harilah ye Part 2) macam-macam ada.......tungguuuuuuu



No comments:

Says.My