Monday, February 22, 2010


Balik Kampung
22-02-2010. Pada minggu lepas iaitu pada 13hb.feb. aku sekeluarga balik ke Klang, rumah mak aku. Aku bertolak dari rumah pukul 2.00 ptg. Dalam perjalanan aku singgah kampung aku,
di Nyalas, Jasin, Melaka. Dari Nyalas kami bertolak ke Klang. Aku sampai rumah mak lebih kurang pukul 6.15 ptg.
Dalam perjalanan, aku melalui satu perjalanan yang amat selesa, kerana pada keesokannya kaum cina menyambut tahun baru mereka. Jadi ini bererti, perjalanan yang memasuki Kuala Lumpur lengang kalau dibandingkan disebaliknya. Aku lihat lebuhraya yang menuju ke Selatan mengalami kesesakan jalanraya yang amat teruk sekali. Aku rasa, kesesakan jalanraya yang panjangnya mencecah lebih kurabg 20 kilometer panjangnya. Penduduk Kuala Lumpur yang menuju samada ke Seremban, Melaka atau Johor, berfikiran bertolak pada waktu petang boleh elak dari kesesakan. Maka ramailah diantara mereka bertolak waktu petang untuk keluar dari bandaraya Kuala Lumpur.Rupa-rupanya sangkaan mereka meleset. Maka terpaksalah mereka mengharungi satu perjalanan yang memakan masa yang lama untuk sampai ke destinasa yang dituju kerana dihimpit oleh kesesakan lalutintas yang tidak disangka oleh mereka bakal menimpa mereka. Bagi puhak aku, aku tersenyum sahaja melihat apa yang menimpa mereka.
Pada 16hb.Feb. 2009, hari Selasa, aku balik ke Segamat. Kali ini berlaku perkara yang sama, yakni kesesakan lalu lintas yang amat teruk sekali. Kali ini bukannya perjalanan dari Kuala Lumpur ke Selatan yang sesak. Tapi perjalanan dari Selatan yang ingin memasuki Kuala Lumpur pula yang mengalami kesesakan yang teruk. Aku tetap lepas dari mengalami sebarang kesesakan pada apa jua jenis perayaan yang disambut. Alhamdulillah.

No comments:

Says.My