Tuesday, February 2, 2010


Kursus di Batu Gajah, Perak

02-02-2010. Pada 29hb.Jan.2010 UiTM Segamat telah menganjurkan satu Kursus yang diberi nama Kursus Kemantapan Peribadi di Abad Ke 21, bertempat di Pusat Latihan Kakitangan UiTM di Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan. Kursus di sertai oleh Bahagian Perpustakaan, Fasiliti, Bendahari, Keselamatan, Asrama dan Hep.
Kami bertolak dari UiTM Segamat pada 29hb.Jan 2010 jam 8.00 pagi. Tiga buah bas disediakan oleh pihak penganjur untuk membawa kesemua kakitangan yang terlibat yang berjumlah 107 orang. Kami tiba di Pusat Latihan Kg. Gajah lebih kurang pukul 5.00 petang.
Sesampai sahaja di Pusat latihan tersebut, kami mendaftarkan diri dan terus pergi ke tempat penginapan yang disediakan. Lebih kurang pukul enam petang satu taklimat ringkas diadakan di dewan seminar.
Kuliah pertama ialah kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin bin Abdul Majid, iaitu Penasihat Agama dari UiTM Segamat. Pukul 9.00 malam pula ceramah siri pertama diadakan oleh Kaunselor UiTM Segamat. Majlis tamat lebih kurang pukul 10.30 malam.
Kemudian kami pergi minum malam sebelum Kembara malam dilangsungkan lebih kurang pukul 11.00 malam.
11.00 malam Kembara malam dimulakan. Kami diarahkan menutup mata dengan sehelai kain berwarna hitam, semata-mata untuk mengelirukan kami, kemanakah mereka akan membawa kami. Selepas mata kami ditutup, maka kami dibawa menaiki bas dalam keadaan mata kami ditutup. Keadaan memang gelap gulita. Kami hanya dengar suara kawan-kawan terpekik-pekik dan jeritan dari kaum wanita. Saja je mereka berbuat demikian untuk menarik perhatian kawan-kawan yang lain. Lebih kurang sepuluh minit perjalanan, kami sampai kedestinasi yang dituju hanya semata-mata hendak mengenakan kami. Kami turun dalam keadaan mata masih lagi ditutup. Kami disuruh berjalan-jalan dalam keadaan mata ditutup. Teraba-raba dibuatnya. Kononnya kami sedang berada didalam hutan yang tebal .Memang gelap gelita dibuatnya.
Sebenarnya kami dipecahkan dalam 10 kumpulan daripada 107 orang peserta. Kumpulan aku seramai 10 orang.
Lebih kurang satu jam kami berjalan dalam keadaan gelap gulita, akhirnya kami telah sampai kedestinasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Apabila kami diarahkan membuka mata, destinasi yang kami diarahkan berjalan-jalan yang kononnya didalam hutan yang tebal ialah di perkarangan tepat letak kereta dan tempat laluan untuk kami pergi ke bilik kuliah.
Seperti dijangkakan, kami memang telah terhidu diatas tipuhelah pihak penganjur yang ingin menguji ketabahan dan kecekalan dan kesabaran hati kami.
Selesai sahaja Kembara Malam, kami menikmati minum malam dan seterusnya balik ketempat penginapan. Lebih kurang jam 12.30 malam aku pun beradu disinggahsana dibawah penghawa dingin.
30hb.Jan 2010. Hari kedua kami berkursus. Seperti biasa kuliah dimulakan jam 8.00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 6.30 petang. Pukul 10.30 pagi berhenti rehat untuk menikmati minum pagi. Makan tengahari pukul 1.00 ptg. Dan pukul 4.30 petang dihidangkan dengan minuman petang. Sebelum itu, minum pagi pukul 7.30 pagi.
Kuliah Subuh diadakan pada pukul 6.45 pagi. Aku berasa kecewa sedikit terhadap waktu kuliah subuh. Waktu yang diperuntukkan hanya 15 minit sahaja. Manakan cukup. Tapi hendak buat macamana. Pihak penganjur tidak perihatan diatas perkara ini.
Pada waktu malamnya kami ada BBQ. Pada malam ini juga, setiap kumpulan diarahkan membuat satu persembahan diatas pentas. Pada masa inilah, kami semua tidak kering gusi dibuatnya apabila melihat para peserta membuat persembahan. Termasuk kumpulan aku dan aku sendiri. Dalam kumpulam aku, aku membuatkan para penonton ketawa. Mereka ketawakan aku, kerana persembahan aku menggelikan hati mereka, termasuklah ahli kumpulan aku sendiri.Dalam kumpulan aku, aku adalah ketua mereka.
Majlis berakhir jam 11.30 malam. Aku balik ke bilik penginapan untuk beradu.
31hb.Jan 2010. Jam 6.00 pagi kami semua ke surau. Selepas menunaikan solat subuh dan mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin, kami menikmati minum pagi yang disediakan. Jam 9.00 pagi, Kembara Pagi pula diadakan. Setelah taklimat diberikan, kami dilepaskan dalam kumpulan. Sepanjang kursus yang telah aku hadiri, sepanjang aku berkhidmat dengan UiTM selama 33 tahun, kembara kali ini adalah kembara yang amat senang dan mudah untuk dilaksanakan. Tidak ada cabaran atau ketahanan fizikal di perlukan. Hanya berjalan dan melintasi sungai yang jernih airnya. Tidak ada panjat bukit, meredah hutan yang tebal, melalui paya yang airnya bau hanyir dan apa-apa lagilah.
Kembara tamat lebih kurang jam 11.15 minit pagi.
Pukul 12.00 tgh. hari, kami semua diminta berada didalam bilik kuliah untuk meneruskan acara yang terakhir iaitu Soaljawab dengan Pengurusan UiTM Segamat. Selepas itu penyampaian hadiah diadakan. Kumpulan aku dapat nombor 5 dari 10 kumpulan yang ada. Majlis tamat lebih kurang pukul 1.00 tgh. hari.
Pukul 2.00 petang kami semua berangkat balik ke Segamat. Kami sampai Segamat lebih kurang pukul 9.15 malam.
SELAMAT TINGGAL PUSAT LATIHAN KAKITANGAN UiTM KG. GAJAH, PERAK.

No comments:

Says.My